Car Seat Parts 101: Shoulder Pads

Parts101-Shoulder Pads

Ini adalah bahagian pada kerusi keselamatan kanak-kanak yang paling dikenali ibubapa kerana ia agak mudah dilihat dan dikenalpasti.

Shoulder pads atau ‘pad bahu’ adalah alas pada tali keledar kanak-kanak. Ia melindungi leher kanak-kanak terutamanya bayi dari terkena bibir tali keledar yang agak kasar. Sesetengah pad bahu ini mempunyai permukaan bawah antigelincir yang dapat memberi cengkaman yang lebih baik semasa berlakunya perlanggaran.

Kebanyakan pad bahu boleh ditanggalkan untuk dibasuh kerana ia mungkin menjadi salah satu bahagian paling kotor disebabkan ia terletak berdekatan dengan mulut anak. Namun, terdapat juga pad bahu yang dijahit terus pada tali keledar kanak-kanak dan tidak boleh ditanggalkan.

PASTIKAN anda membaca manual kerusi keselamatan kanak-kanak sebelum cuba untuk membasuh mana-mana bahagian padanya.

Jika pad bahu perlu diganti, pastikan anda menghubungi pengilang atau pengedar. Jangan gunakan aksesori pihak ketiga kerana anda tidak tahu bagaimana ia akan berinteraksi dengan kerusi keselamatan anak anda ketika perlanggaran.

*********************

This is the most commonly known part of a child restraint. Most parents will know about it as it is quite straightforward and visible.

Shoulder pads are pads that cover the harness at the shoulder. It protects the child especially infant from the rough edges of the harness. Some shoulder pads come with anti-skid surface underneath it giving a better grip on the harness and the child during an impact.

Most shoulder pads are removable and can be hand-washed as it is probably one of the dirtiest parts of a child restraint since it sits near the child’s mouth. However, there are some shoulder pads that can’t be taken off and are sewn together with the harness.

ALWAYS read the child restraint’s manual if you want to clean any part of it.

For replacement of shoulder pads, always contact the manufacturer. Do not use a third party accessory as you will not know how it will work together with your child restraint during a crash.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s