Anda telah membaca tentang klip dada sebelum ini di sini. Anda hanya akan jumpa klip dada jika anda menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak yang diluluskan mengikut piawaian FMVSS 213 di USA. Kini adalah masanya untuk belajar bagaimana menggunakannya dengan betul.
Klip dada sepatutnya dipasang dan diletakkan pada paras ketiak kanak-kanak. Ia tidak boleh diletakkan terlalu tinggi mahupun terlalu rendah.

Adalah menjadi tabiat yang baik untuk mengancingkan tali keledar anak terlebih dahulu dan kemudian klip dada. Apabila membuka tali keledar, bukakan klip dada dahulu kemudian, barulah bukakan pengancing tali keledar anak. Membiasakan melakukan langkah-langkah ini akan memastikan agar anda tidak terlupa dan membiarkan anak anda di dalam kerusi keselamatannya tanpa memasangkan pengancing tali keledar dan hanya memasang klip dada. Adalah sangat berbahaya untuk meninggalkan anak seperti ini kerana keadaan ini boleh menyebabkan mereka tercekik sekiranya mereka menggelongsor ke bawah kerana tiada apa yang memegang mereka ketika tali kangkang tidak dipasang.
Jika tempat duduk anak anda tidak datang dengan klip dada, jangan gunakan klip dada yang dibeli secara sebarangan kerana ia tidak diuji bersama-sama dengan kerusi keselamatan anak anda!
One thought on “CRS Usage Tips: Klip Dada”