Penyandar / Penahan Kepala

To read this article in English, please click here.

Penyandar kepala atau penahan kepala merupakan ciri keselamatan automotif yang dipasang atau disatukan ke bahagian atas setiap kerusi kenderaan. Penyandar kepala di dalam kenderaan berfungsi menghadkan pergerakan kepala ke belakang bagi orang dewasa semasa perlanggaran berlaku, dengan itu mencegah atau mengurangkan kecederaan lecut (whiplash) iaitu kecederaan pada vertebra leher (tulang belakang bahagian leher).

Jenis-jenis Penahan Kepala

Menurut Berglund, A. (2003), risiko kecederaan lecut dikaitkan dengan perlanggaran kenderaan dari arah belakang. Sepanjang setengah abad yang lalu, para penyelidik keselamatan kenderaan telah merancang dan mengumpulkan maklumat tentang keupayaan penahan kepala bagi mengurangkan kecederaan akibat perlanggaran belakang. Hasilnya, pelbagai jenis penyandar kepala telah dicipta oleh pelbagai pengeluar kenderaan bagi tujuan yang sama seperti:

  •  Penyandar kepala bersepadu atau penyandar kepala tetap – merujuk kepada penyandar kepala yang dibentuk oleh bahagian atas belakang kerusi, atau penyandar kepala yang tidak boleh laras dan tidak boleh ditanggalkan dari kerusi atau struktur kenderaan kecuali dengan menggunakan alat atau memotong sebahagian kerusi atau keseluruhan kerusi. Jenis ini terdapat di dalam sebahagian model Perodua Myvi.
_DSH6549_2
Penyandar kepala bersepadu (Imej: Maserati)
  • Penyandar kepala boleh-laras – merujuk kepada penyandar kepala yang boleh dilaraskan sesuai mengikut morfologi pengguna. Alat ini mungkin membenarkan anjakan melintang, yang dikenali sebagai pelaras kecondongan, dan / atau anjakan tegak, dikenali sebagai pelaras ketinggian. Jenis ini boleh didapati dalam kebanyakan kenderaan.
Saab_Active_Head_Restraint
Penyandar kepala boleh-laras (Imej: Nissan)
  • Penyandar kepala jenis aktif – merujuk kepada alat yang direka untuk mengubah posisi dan / atau geometri kepala secara automatik semasa kemalangan berlaku.
  • Penyandar kepala boleh-laras automatik – merujuk kepada penyandar kepala yang menyesuaikan kedudukan penyandar kepala secara automatik apabila kedudukan tempat duduk dilaraskan.

Penggunaan Penahan/Penyandar Kepala yang Betul

Menurut kajian oleh Stemper, B. D., Yoganandan, N., & Pintar, F. A. (2006), penahan kepala yang berkesan mestilah boleh menghadkan gerakan kepala ke belakang, kurang daripada 60 mm sama ada secara pasif atau aktif sejurus selepas impak kemalangan untuk mengelakkan regangan melampau pada leher. Apa sahaja kereta yang anda pandu, anda boleh dapatkan perlindungan kepala dan leher daripada tercedera secara maksimum sekiranya penggunaan penyandar kepala diletakkan dengan betul.

Penyandar kepala sebaiknya diletakkan dua inci (50 mm) atau kurang dari belakang kepala pemandu, dan tidak lebih dari empat inci (100 mm). Apabila menyesuaikan ketinggian penyandar kepala, sebahagian besar penyandar kepala haruslah berada di belakang kepala pengguna kerusi, dengan bahagian tengahnya berada sama paras dengan atas telinga anda.

Vehicle Parts - Head rest

⚠️ Gunalah penyandar kepala dengan betul untuk perlindungan maksima ⚠️

Bagi seorang kanak-kanak sekitar usia 7 – 12 tahun mereka tidak boleh menggunakan kerusi keselamatan jenis booster tanpa penyandar pada tempat duduk penumpang yang tiada penahan kepala kerana bahagian kepala mereka tidak dilindungi. Pengunaan booster berpenyandar pula memungkinkan anda perlu untuk menanggalkan penahan kepala kerusi kenderaan bagi membolehkan pemasangan yang baik dilakukan. Sentiasa rujuk kepada kedua-dua manual kerusi keselamatan dan manual kenderaan sebelum membuat sebarang keputusan dan tindakan!

******************

Rujukan:

Berglund, A. (2003). Occupant- and Crash-Related Factors Associated with the Risk of Whiplash Injury. Annals of Epidemiology, 13(1), 66-72. doi:10.1016/s1047-2797(02)00252-1

Stemper, B. D., Yoganandan, N., & Pintar, F. A. (2006). Effect of head restraint backset on head–neck kinematics in whiplash. Accident Analysis & Prevention, 38(2), 317-323. doi:10.1016/j.aap.2005.10.005

Advertisements

One thought on “Penyandar / Penahan Kepala

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s