CAR SEAT PARTS 101: PEMANDU LALUAN TALI KELEDAR

Salah satu kesilapan yang seringkali dilakukan oleh ibu bapa yang menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) jenis booster berpenyandar adalah tidak menyedang tali pinggang keledar pada anak untuk mendapatkan posisi kedudukan tali pinggang keledar yang betul.

Pemandu laluan tali keledar adalah sebahagian daripada CRS yang membantu meletakkan tali keledar ke kedudukan betul ketika menggunakan tali pinggang keledar pada badan anak. Terdapat dua jenis pemandu laluan tali keledar pada sesebuah CRS jenis booster berpenyandar, iaitu:

1. Pemandu laluan tali keledar bahagian bahu

2. Pemandu laluan tali bahagian riba
.
Bagi CRS berpiawaian ECE, pemandu laluan tali keledar selalunya ditanda dengan label berwarna merah atau ianya sendiri berwarna merah.

Sesetengah pemandu laluan tali keledar mudah dikenal pasti. Namun sebahagiannya adalah kecil dan agak sukar untuk diakses. Apabila memilih / membeli CRS, adalah penting untuk memeriksa dan menguji pemandu laluan tali keledar. Berikut disenaraikan faktor-faktor penting yang perlu dipertimbangkan seperti:

✔️ Mudah dikenal pasti
✔️ Mudah diakses dan tali keledar mudah digelongsorkan melaluinya
✔️ Tali keledar kekal di dalam pemandu laluan tali keledar (tidak tergelincir dan / atau berpintal dalam setiap penggunaan)
✔️ Tali keledar mudah ditarik balik melaluinya apabila tali keledar dibuka

Mari berkongsi dengan kami: Pandangan dan/atau pengalaman anda terhadap penggunaan pemandu laluan tali keledar CRS anda.

To read this article in English, please click here.

Advertisements

One thought on “CAR SEAT PARTS 101: PEMANDU LALUAN TALI KELEDAR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s