Klip pengunci diperlukan apabila retraktor tali pinggang keledar kenderaan anda adalah dari jenis retraktor penguncian kecemasan (emergency locking retractor, ELR. Sila rujuk di sini http://bit.ly/2RuF57A).
Ada dua situasi di mana klip pengunci TIDAK DIPERLUKAN:
1. CRS mempunyai mekanisma penguncian yang terbina bersama-samanya, ATAU
2. Retraktor tali pinggang keledar kenderaan boleh dikunci (jenis retraktor penguncian automatik, ALR atau penguncian bolehubah, SLR).

Terdapat dua jenis klip pengunci:
1. Jenis plastik – untuk CRS piawaian ECE
2. Jenis logam – untuk CRS piawaian FMVSS
Cara pemasangan keduanya juga berbeza:
1. Jenis plastik – dipasang pada tali keledar BAHU SAHAJA di bahagian paling rapat dengan lelidah pengancing tali keledar
2. Jenis logam – dipasang pada KEDUA-DUA tali keledar bahagian bahu dan riba di bahagian paling rapat dengan lelidah pengancing tali keledar
Kedua-dua jenis perlu dipasang dengan jarak tidak lebih dari 1 inci dari lelidah pengancing.
⚠️ Klip pengunci tidak boleh dipasang pada tali keledar 2-penjuru! ⚠️
Sila rujuk manual kenderaan dan manual CRS anda untuk memastikan samada anda memerlukan klip pengunci apabila memasang CRS dengan tali pinggang keledar.
One thought on “CAR SEAT PARTS 101: KLIP PENGUNCI”