KERUSI KENDERAAN


Terdapat beberapa jenis tempat duduk di dalam kenderaan bergantung pada tujuan dan keperluan model yang direkabentuk, iaitu:

✔️ Tempat duduk lekuk (bucket seat)
✔️ Tempat duduk jenis bangku (bench seat)
✔️ Tempat duduk boleh lipat
✔️ Tempat duduk julur tuas / terampai (cantilever / suspension seat)

‘Bucket seat’ adalah tempat duduk yang berkontur atau berlekuk. Ia selalunya digunakan di dalam kenderaan berkemasan mewah atau ‘sporty’. Ibubapa harus lebih berhati-hati dalam memilih kerusi keselamatan anak sekiranya mempunyai kereta berkerusi begini kerana keadaan permukaan berkontur boleh mengganggu pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) yang kemas.


‘Bench seat’ pula adalah tempat duduk yang boleh menempatkan sehingga tiga orang pengguna dan biasanya tidak boleh diselaraskan tahap condong penyandarnya. Kebanyakan ‘bench seat’ mempunyai permukaan yang rata sepanjang ketiga-tiga tempat duduk namun ada juga jenis yang berkontur. Pemasangan CRS pada ‘bench seat’ yang berkontur menjadi lebih sukar sekiranya perlu menempatkan tiga CRS sederet kerana pemasangan dua CRS di kiri kanan selalunya menjadi teranjak ke bahagian tengah akibat dari bentuk kerusi yang berkontur tinggi di tepi. Apabila ingin memasang CRS di bahagian tengah pada ‘bench seat’ berkontur pula, masalah CRS senget akan berlaku akibat bonggol yang berada di bahagian tengah kerusi kereta.


Tempat duduk boleh lipat selalunya digunakan di bahagian paling belakang bagi membenarkan lebih banyak ruang untuk kargo apabila ianya tidak diduduki oleh penumpang. Pemasangan CRS pada tempat duduk sebegini perlu merujuk kepada manual kenderaan kerana terdapat sebahagian pengeluar tidak membenarkan sebarang CRS dipasang.

‘Cantilever’ atau ‘suspension seat’ dilengkapi dengan spring tambahan atau komponen suspensi yang menyerap kejutan tambahan untuk hentakan dan lompatan, menjadikannya lebih lembut dan agak lebih selesa untuk pemandu dan penumpang. Walaupun tempat duduk begini memberikan keselesaan kepada pemandu dan para penumpang, ia tidak dianggap lebih selamat, malah dikaitkan dengan kecederaan yang disebabkan kedudukan tali pinggang keledar yang tidak betul (seat belt submarining injury).

Apa pun jenis tempat duduk di dalam kenderaan anda, pastikan anda merujuk manual kenderaan dan cuba memasang CRS ke dalam kenderaan anda sebelum membelinya bagi mendapatkan pemasangan yang kemas.


⚠️ Pemasangan CRS yang tidak kemas boleh mencederakan anak anda ⚠️

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s