CAR SEAT PARTS 101: PENGUNCI (LOCK-OFFS)

Pengunci atau ‘Lock-off’ adalah ciri terbina pada sesetengah kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) untuk mengunci tali pinggang keledar dan memastikan CRS tidak bergerak dengan ketara. Fungsinya adalah sama seperti klip pengunci (klik di sini untuk membaca lebih lanjut tentang klip pengunci).

‘Lock-off’ direka untuk mengunci tali pinggang keledar bahagian bahu, mengekalkan panjang tali pinggang keledar bahagian bahu dan mengunci tali pinggang keledar dengan ketat untuk memastikan pemasangan CRS adalah kemas sepanjang masa.

Terdapat banyak jenis ‘lock-off’ pada CRS seperti yang dapat dilihat di dalam gambarajah. ‘Lock-off’ datang dalam pelbagai gaya yang berbeza dan selalunya berwarna terang. Banyak CRS mempunyai pengunci di kedua-dua belah supaya boleh digunakan untuk pemasangan di mana-mana sisi tali pinggang keledar. CRS lain mungkin hanya mempunyai satu ‘lock-off’ di bahagian tengah. Terdapat kemungkinan pengunci yang berbeza digunakan untuk orientasi yang berbeza.

Kekeliruan mudah berlaku jadi pastikan anda membaca manual CRS bagi mengetahui bahagian ‘lock-off’ yang mana sepatutnya anda gunakan.

To read this article in English, please click here.

One thought on “CAR SEAT PARTS 101: PENGUNCI (LOCK-OFFS)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s