VEHICLE PART – JENIS LAMPU KENDERAAN

Kebanyakan kenderaan dilengkapi dengan sistem pencahayaan yang terdiri daripada:

✔️ Lampu utama
✔️ Lampu tinggi
✔️ Lampu isyarat / penunjuk sisi
✔️ Lampu brek
✔️ Lampu kabus
✔️ Lampu amaran bahaya / kecemasan
✔️ Lampu siang hari (DRL)

Lampu kenderaan dipasang atau disambungkan ke bahagian depan, belakang dan dalam sesetengah keadaan pada sebelah atau bahagian atas kenderaan bermotor.

Lampu kenderaan digunakan sebagai ciri keselamatan untuk:

✔️ Meningkatkan penglihatan kenderaan oleh pengguna jalan raya lain.

✔️ Membolehkan pemandu dan pejalan kaki yang lain menganggarkan kedudukan kenderaan, saiz, arah perjalanan, dan niat pemandu mengenai arah (contohnya menukar lorong, belok ke kiri/kanan dan sebagainya) serta kelajuan perjalanan (seperti nyah-pecutan apabila menekan brek).

Lampu amaran bahaya (kecemasan) adalah sepasang lampu penunjuk yang berkelip-kelip dengan serentak untuk memberi amaran kepada pemandu lain bahawa kenderaan itu merupakan halangan/bahaya untuk sementara waktu. Apabila kenderaan anda rosak atau anda sedang menukar tayar di bahu jalan raya, lampu kecemasan ini perlu dinyalakan. Di kebanyakan negara, penggunaan lampu amaran bahaya ketika memandu adalah TIDAK DIBENARKAN. Ramai pemandu menyalakan lampu amaran bahaya ketika hujan lebat atau kabus – ini sebenarnya boleh mengelirukan pengguna jalan raya yang lain dan membahayakan. Sebarang isyarat dengan lampu isyarat / penunjuk sisi tidak dapat dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain apabila lampu amaran bahaya dinyalakan.

⚠️ Elakkan menggunakan lampu amaran bahaya ketika memandu! ⚠️

Lampu siang hari (‘daytime running lamp’ atau ‘daytime running light’, DRL) adalah pencahayaan automotif pada kenderaan bermotor. DRL juga terdapat pada basikal. Lampu jenis ini menyala secara automatik apabila kenderaan sedang dipandu, memancarkan cahaya putih, kuning atau ambar dengan fungsi utama untuk meningkatkan penglihatan kenderaan oleh pemandu lain dan pejalan kaki pada waktu siang. Ini amat berguna di negara-negara Scandinavia dan rantau Nordic di mana ia sentiasa gelap pada musim sejuk.

Walau bagaimanapun, pemandu harus sentiasa beringat untuk menyalakan lampu utama kenderaan pada waktu malam, keadaan gelap dan/atau ketika hujan kerana DRL tidak, dengan cara apapun, mengganti lampu utama kenderaan sebagai ciri keselamatan yang utama. Selain itu, DRL kebanyakannya dipasang di bahagian hadapan dan bukannya pada kedua-dua bahagian hadapan dan belakang kenderaan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s