CRS MAINTENANCE – KULAT: BOLEHKAH ANDA MENGHILANGKANNYA?

Kebanyakan kulat adalah tidak berbahaya, tetapi ada juga yang berbahaya.

Terdapat kulat yang mengandungi mikotoksin. Ia adalah bahan beracun yang dihasilkan oleh kulat jenis tertentu yang ditemui terutamanya dalam tanaman dan makanan jenis bijirin dan kacang, tetapi juga boleh didapati pada saderi, jus anggur, epal, dan hasil tanaman lain.

Pernahkah anda memeriksa sama ada terdapat sebarang kulat yang telah tumbuh pada mana-mana bahagian kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) milik anak kecil anda? Beberapa tompok kecil dipermukaan alas CRS mungkin tidak berbahaya dan boleh ditangani dengan pembersihan. Walau bagaimanapun, ianya bukan sebegitu bagi pertumbuhan kulat pada keseluruhan bahagian alas CRS!

Cara terbaik membunuh kulat pada fabrik adalah dengan menggunakan peluntur, namun alas CRS TIDAK BOLEH sama sekali dicuci dengan peluntur! Jadi apakah langkah terbaik yang perlu dilakukan?

Sekiranya kulat meliputi sebahagian besar alas CRS, mikotoksin kulat boleh terkandung di dalam dan di sekeliling benang-benang di dalam alas CRS dan pelapik bahu. Mikotoksin ini boleh menyebabkan reaksi alahan dan/atau masalah pernafasan kepada anak anda. Juga perlu diingat bahawa alas CRS dan pelapik bahu yang berkulat mungkin juga mempunyai bakteria yang tidak kelihatan yang tumbuh bersama-sama dengan kulat.

Langkah terbaik menanganinya adalah dengan mengganti alas CRS dan pelapik bahu sekiranya masalah seperti ini terjadi.

To read this article in English, please click here.
Advertisements

One thought on “CRS MAINTENANCE – KULAT: BOLEHKAH ANDA MENGHILANGKANNYA?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s