VEHICLE PART: PENGANCING TALI PINGGANG KELEDAR KENDERAAN

Pengancing tali pinggang keledar adalah peranti yang dipasang/ditambat pada rangka kenderaan berhampiran dengan tempat duduk kenderaan. Ia merupakan sebahagian daripada sistem tali pinggang keledar yang boleh mengurangkan risiko kecederaan atau kematian semasa perlanggaran atau semasa kenderaan berhenti secara tiba-tiba.

Lazimnya, pengancing ini terdiri daripada dua bentuk:

✔️ Jenis bertangkai
✔️ Jenis terceruk atau bertali

Pengancing jenis bertangkai biasanya terdapat pada kerusi pemandu atau penumpang depan kenderaan. Kadangkala, ia juga boleh didapati di tempat duduk belakang (rujuk gambar). Walau bagaimanapun, kebanyakan kenderaan mempunyai pengancing jenis terceruk atau bertali untuk kerusi belakang.

Pengancing jenis terceruk atau bertali mempunyai tambatan yang diperbuat daripada tali keledar yang dijahit dan dipasang pada rangka kenderaan. Jenis pengancing ini menawarkan kelebihan dari segi fleksibiliti sudut ketika memasang tali pinggang keledar berbanding dengan pengancing jenis bertangkai.

Apa jua bentuk pengancing sedia ada di dalam kenderaan anda, yang membezakan pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) adalah samada ianya terjulur keluar atau berada di celahan kerusi kenderaan.

Pengancing yang terlalu terjulur keluar boleh menyebabkan pemasangan CRS yang tidak kemas serta mengakibatkan fenomena yang dipanggil ‘buckle crunch’ iaitu keadaan di mana pengancing berada rapat di laluan tali keledar CRS. Sekiranya ini berlaku, pengancing berkemungkinan untuk terbuka sendiri atau pecah ketika kemalangan kerana beban berlebihan padanya.

Oleh sebab kemasan dan sistem berbeza-beza di dalam setiap kenderaan, kami sentiasa menyarankan ibubapa agar cuba untuk memasang CRS yang dipilih sebelum membelinya. Tidak semua CRS sesuai untuk semua jenis kereta.

Bolehkah anda kenalpasti jenis pengancing yang ada di dalam kereta anda?

To read this article in English, please click here.
Advertisements

One thought on “VEHICLE PART: PENGANCING TALI PINGGANG KELEDAR KENDERAAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s