CARSEAT PARTS 101: LALUAN TALI KELEDAR

Laluan tali keledar merujuk kepada trek pada kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) di mana tali keledar kenderaan atau tali penyambung tambatan bawah LATCH dilalukan untuk memastikan CRS dipasang dengan selamat di dalam kenderaan. Laluan tali keledar boleh dibahagikan kepada dua iaitu bahagian riba dan bahagian bahu. Secara amnya laluan tali keledar adalah berbeza bagi CRS berpiawai ECE dan CRS yang berpiawai FMVSS.

CRS berpiawai ECE apabila dipasang secara hadap-belakang selalunya memerlukan tali pinggang keledar kenderaan yang panjang untuk ditempatkan di sepanjang laluan tali keledar. Kenderaan keluaran tempatan tahun-tahun terdahulu kerap kali mempunyai tali pinggang keledar yang pendek. Oleh yang demikian, ibu bapa yang mempunyai CRS berpiawai ECE serta kenderaan lama mungkin menghadapi masalah sewaktu memasang CRS pada posisi hadap-belakang. Hampir kesemua pemasangan tali keledar CRS ECE hanya membenarkan pemasangan dengan tali pinggang keledar jenis 3-penjuru.

Berlainan dengan CRS berpiawaian FMVSS, tali pinggang keledar yang lebih pendek diperlukan untuk pemasangan hadap-belakang. Selain dari itu, terdapat beberapa CRS FMVSS yang membenarkan pemasangan menggunakan tali keledar 2-penjuru sahaja dalam orientasi hadap-belakang. Namun, syarat pemasangan CRS FMVSS dengan tali pinggang keledar adalah memastikan CRS dikunci pemasangannya tali keledarnya samada dengan “lock-off” tersedia atau klip pengunci tambahan sekiranya tali pinggang keledar tidak mempunyai mekanisma pengunci tersendiri (baca lebih lanjut berkenaan retraktor tali pinggang keledar di sini.)

Walaupun laluan tali keledar berbeza di antara CRS berpiawai ECE dan CRS berpiawai FMVSS, setiap standard datang dengan kelebihan dan kekuranganya sendiri. Oleh itu, adalah penting untuk menguji kesesuaian CRS di dalam kereta anda sebelum membuat keputusan untuk membelinya.

To read this article in English, please click here.
Advertisements

One thought on “CARSEAT PARTS 101: LALUAN TALI KELEDAR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s