VEHICLE MAINTENANCE: TEKANAN UDARA DALAM TAYAR

Tayar menyokong berat kenderaan anda, bukan? Tidak! Sebenarnya, tekanan udara di dalam tayar yang menyokong berat kenderaan. Mengekalkan tekanan udara yang optimum pada tayar kenderaan adalah penting dalam memastikan pemanduan yang selamat, cekap, dan selesa. Ia juga dapat memaksimakan jangka hayat tayar anda serta menjimatkan wang anda dengan memanjangkan tempoh antara penggantian tayar.

Tekanan udara dalam tayar perlu diperiksa dan diselenggara sekurang-kurangnya sebulan sekali!

Mujurlah untuk memastikan tekanan udara diisikan dengan betul adalah mudah dan boleh dilakukan di mana-mana stesen minyak.

Berikut adalah langkah-langkah penyelengaraan tekanan udara dalam tayar:

1. Paling baik, memulakan dengan tayar sejuk. Tayar dianggap sejuk apabila kenderaan telah diparkir selama sekurang-kurangnya tiga jam, atau jika kenderaan itu dipandu kurang dari satu batu (1.6 km) pada kelajuan sederhana. Pastikan kereta diparkir pada lot khusus berhampiran pemampat udara supaya hos pemampat udara boleh mencapai keempat-empat tayar.

2. Semak tekanan tayar yang disyorkan untuk kenderaan anda. Tekanan tayar yang disyorkan biasanya disenaraikan pada label/pelekat yang boleh didapati di sisi pintu pemandu. Jika tidak, spesifikasi tersebut boleh didapati di dalam manual kenderaan. PSI atau psi bermaksud ‘Pound per Square Inch’, yang merupakan unit tekanan. Kebanyakan kereta akan mengesyorkan 32 psi kepada 35 psi pada tayar ketika ianya sejuk. Sesetengah pengeluar kenderaan mengesyorkan tekanan tayar yang lebih tinggi terutama untuk tayar trak yang memunggah barang atau menunda kenderaan lain. Ambil perhatian bahawa sesetengah kenderaan mungkin disyorkan tekanan udara berbeza untuk tayar depan dan tayar belakang.

⚠️ Sekali lagi diingatkan, sila ikut cadangan pengeluar kenderaan ⚠️

3. Tetapkan bacaan pemampat udara pada tekanan tayar yang disyorkan. Buka penutup injap tayar dan isi udara setiap tayar dengan meletakkan hujung hos pada batang injap tayar dan tekan pada tuil sehingga anda mendengar bunyi pemampat udara berfungsi. Tarik tuil sebaik sahaja tayar telah diisi hingga ke tekanan udara yang dipilih.

Memandu dengan tayar yang kekurangan tekanan udara boleh mengurangkan kecekapan penggunaan bahan api. Ianya juga akan menyebabkan tayar haus dengan ketara.

Cubalah untuk tidak mengisi tekanan udara dalam tayar melampaui tekanan yang disyorkan kerana ini akan memudahkan bahagian tengah tayar menjadi haus, menjejaskan pengendalian kenderaan, membuat perjalanan kurang selesa, dan berpotensi mengurangkan kecekapan brek. Lebih berbahaya, ini boleh menyebabkan tayar meletup ketika memandu, mengakibatkan kehilangan kawalan kenderaan.

Oleh itu, pastikan tekanan udara dalam tayar kenderaan anda diisi secara OPTIMUM.

To read this article in English, please click here.
Advertisements

One thought on “VEHICLE MAINTENANCE: TEKANAN UDARA DALAM TAYAR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s