CRS MAINTENANCE: PENCUCI JENIS ENZIM

Enzim adalah makromolekul biologi atau pemangkin yang mempercepat tindak balas kimia. Molekul di mana enzim boleh bertindak dipanggil substrat. Enzim adalah sangat spesifik dan hanya berfungsi ke-atas substrat tertentu.

Pencuci jenis enzim adalah agen pembersih bio-degradasi, tidak toksik, yang boleh digunakan untuk membersihkan fabrik, permaidani, lantai, dan pelbagai barangan lain termasuklah alas kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS).

⚠️ JANGAN GUNAKAN PENCUCI ENZIM untuk mencuci alas CRS sekiranya pengeluar CRS anda hanya membenarkan penggunaan PENCUCI LEMBUT SAHAJA dan JANGAN SEKALI-KALI gunakan pencuci lebih ‘keras’ dari pencuci lembut untuk tali keledar CRS melainkan dibenarkan. Sesetengah pengeluar CRS juga hanya membenarkan penggunaan air sahaja utk mencuci tali keledar ⚠️

Pencuci jenis enzim diformulasikan khas untuk menghilangkan kotoran dan bau di mana:

✔️ Enzim protease memecahkan kotoran berasaskan protein, seperti darah, air kencing, tahi, dan makanan.

✔️ Enzim lipase memecahkan molekul lemak, seperti minyak dan gris.

✔️ Enzim amilase memecahkan molekul kanji daripada makanan.

Pencuci enzim sering mengandungi campuran enzim-enzim ini supaya ia berkesan terhadap pelbagai jenis kotoran dan debu. Ia memecahkan substrat organik dalam kotoran melalui reaksi enzim, dengan itu berkesan menghapuskan kotoran organik dan bau yang kurang menyenangkan.

⚠️ Elakkan daripada mencampur pencuci jenis enzim dengan peluntur atau disinfektan jenis kimia kerana ini boleh mengurangkan keberkesanannya! Tambahan pula penggunaan agen peluntur ke atas sebarang bahagian CRS adalah dilarang sama sekali! ⚠️

To read this article in English, please click here.
Advertisements

One thought on “CRS MAINTENANCE: PENCUCI JENIS ENZIM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s