Manual Pemilik Kenderaan

Vehicle Owner's Manual

Dalam segmen CRS Installation Tips hari ini, kami akan berkongsi dengan anda tentang kepentingan membaca MANUAL PEMILIK KENDERAAN anda.

Pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) biasanya akan diterangkan di dalam satu bab khas dalam manual kenderaan. Di dalam bahagian ini, jenis kerusi keselamatan dan kedudukan pemasangan yang sesuai akan diberitahu dengan jelas.

Bagaimana membaca manual kenderaan anda?

  • Buka bahagian Indeks (bahagian paling akhir di dalam manual pemilik kenderaan). Cari kata kunci “Sistem Penahan Kanak-kanak” atau “Kerusi Keselamatan Kanak-kanak”. Buka muka surat terbabit seperti yang tertera di bahagian Indeks.
  • Baca bahagian ini sehingga habis. Anda akan melihat beberapa jadual yang menunjukkan lokasi pemasangan kerusi keselamatan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan. Pastikan anda merujuk jadual yang betul.
Jenis piawaian CRS yang boleh diguna juga ada disebut di dalam manual kenderaan selain kedudukan pemasangan yang dibenarkan.
  • Selalunya, pemasangan CRS secara ISOFIX atau menggunakan tali pinggang keledar diasingkan di dalam jadual yang berbeza. Perhatikan penandaan berlainan yang membawa erti berlainan dalam setiap lajur dan baris. Untuk kenderaan lama, anda mungkin tidak akan menemukan sebarang jadual. Jangan risau, anda hanya perlu membaca bab ini sehingga habis untuk mengenalpasti sebarang maklumat penting.
Spesifik untuk jadual di dalam gambar ini, dinyatakan bahawa tiada penambat bawah ISOFIX pada kerusi penumpang depan dan tengah. Selain itu, hanya CRS jenama dan model yang spesifik sahaja dibenarkan untuk CRS ISOFIX selain dari kelas B, B1 & A.
  • Kedudukan tambatan bawah dan atas ISOFIX juga dinyatakan di dalam manual. Periksa secara fizikal pada kenderaan untuk memastikan ianya benar-benar ada.
Kedudukan tambatan bawah ISOFIX ditunjukkan di dalam manual. Kadangkala penahan kepala perlu ditanggalkan. Sentiasa rujuk manual terlebih dahulu sekiranya dibenarkan.

Berikan perhatian khas kepada semua tanda amaran yang disebut dalam bab CRS ini dan ikuti cadangan oleh pengilang kenderaan anda kerana mereka biasanya akan menguji kenderaan mereka untuk perlindungan penumpang kanak-kanak dan lebih mengetahui akan had kereta tersebut.

Kegagalan untuk mengikuti langkah-langkah dan nasihat di dalam manual pemilik kenderaan akan memberikan risiko keselamatan kepada anak anda walaupun dia sedang duduk pada kerusi keselamatan yang terbaik.

To read this article in English, please click here.
Advertisements

One thought on “Manual Pemilik Kenderaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s