Tali Pinggang 2-Penjuru dan 3-Penjuru

2-point & 3-point Seat Belts

Tali pinggang 2-penjuru? Tali pinggang 3-penjuru?

Apa tu??! kenapa ianya penting untuk saya tahu?

Mungkin anda masih tidak tahu apa perbezaan antara jenis tali pinggang keledar ini.

Tali pinggang 2-penjuru dipasangkan di kereta pada dua bahagian kiri dan kanan bahagian pinggang (seperti dalam gambar). Ianya biasa berada di tempat duduk penumpang bahagian tengah dalam kereta-kereta lama.

Tali pinggang 3-penjuru pula berbentuk seperti huruf Y dan disambungkan ke kereta pada tiga penjuru. Dalam sebuah perlanggaran, tali pinggang 3-penjuru akan menyebarkan tenaga impak ke seluruh kawasan dada, pelvis dan bahu. Volvo adalah pengeluar kenderaan pertama yang mengkomersilkan kenderaan dengan tali pinggang keledar 3-penjuru pada tahun 1959.

Di Malaysia, bermula dari tahun 2012, semua model kenderaan penumpang yang baru perlu dilengkapi dengan tali pinggang 3-penjuru pada semua tempat duduk termasuk tempat duduk penumpang belakang bahagian tengah.

Adalah penting untuk memahami jenis tali pinggang keledar di dalam kereta anda kerana semua kerusi keselamatan kanak-kanak yang diluluskan oleh UNECE perlu dipasang dengan menggunakan tali pinggang 3-penjuru (untuk pemasangan jenis tali pinggang). Sentiasa rujuk kembali ke manual pemilik kenderaan dan manual kerusi keselamatan untuk panduan pemasangan.

To read this article in English, please click here.
Advertisements

One thought on “Tali Pinggang 2-Penjuru dan 3-Penjuru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s