Kesalahan Penggunaan ‘Lock-Off’

Pengunci tali pinggang keledar atau lock-off merupakan satu mekanisma terbina dalam pada kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) yang sama fungsinya seperti klip pengunci (locking clip) – mengunci tali pinggang keledar kereta pada panjang yang tetap supaya pemasangan CRS sentiasa pada kedudukan yang betul sebagai persediaan sebelum perlanggaran. Jika sesebuah CRS tidak dipasang dan dikunci dengan betul, ia akan melonggar selepas beberapa waktu dan ini akan mengganggu caranya berfungsi ketika kemalangan dan mungkin akan mencederakan anak anda.

Walaupun ia nampak mudah, kami sentiasa berjumpa dengan kes-kes salahguna dalam setiap program pemeriksaan CRS yang dijalankan. Kesalahan yang paling kerap dilakukan adalah tidak menggunakan langsung pengunci ini. CRS sekadar dipasang dengan tali pinggang keledar dan pemasangannya juga tidak kemas.

Kesalahan kedua paling kerap adalah tidak melalukan tali pinggang keledar secara penuh pada lock-off seperti di dalam gambar di bawah.

Salah: Tali pinggang keledar hanya dilalukan separa ke dalam lock-off menyebabkan ianya tersepit pada hujung lock-off.

Apa yang bahaya tentang perkara ini adalah tali pinggang keledar akan tersepit di hujung pengunci, merosakkan dan melemahkan tali pinggang keledar. Pemilik kenderaan mungkin akan terpaksa menukar keseluruhan tali pinggang keledar yang rosak. Ia adalah satu kesalahan mudah yang perlu dibayar dengan harga yang mahal.

Dalam satu kes, kami menyaksikan bagaimana penjaga tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada lebihan tali pinggang keledar yang mempunyai sistem retraktor penguncian kecemasan (emergency locking retractor, ELR). Tali pinggang keledar tersebut telah ditarik keluar secara maksimum dan lebihan tali keledar itu dilingkarkan menerusi lock-off (seperti dalam gambar). Ini adalah salah!

Salah: Lebihan tali keledar dilingkarkan menerusi lock-off.

Cara yang betul adalah dengan mengikut aturan penggunaan yang digariskan oleh pengeluar. Kadangkala lock-off dibuat untuk satu orientasi pemasangan sahaja. Ada kemungkinan terdapat dua set lock-off pada sesetengah model CRS, satu set untuk setiap orientasi hadap-belakang dan hadap-depan. Apa pun sistem lock-off yang disediakan, lebar tali pinggang keledar perlu dilalukan secara menyeluruh pada gigi lock-off seperti di dalam gambar di bawah.

Betul: Lebar tali pinggang keledar harus dilalukan secara menyeluruh pada gigi lock-off.

Periksa pemasangan CRS anda hari ini untuk memastikan penggunaan lock-off anda adalah betul!

To read this article in English, please click here.
Advertisements

One thought on “Kesalahan Penggunaan ‘Lock-Off’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s