Penyeliaan Tayar

Tyres

Tahukah anda antara bahagian yang paling penting untuk sebuah kereta? Tayar!

Tayar kereta adalah permukaan yang pertama bersentuhan di antara kenderaan dengan permukaan jalan. Jadi, memastikan keadaan tayar kenderaan kita sentiasa dalam keadaan optimum adalah sangat penting untuk menjamin keselamatan pemanduan setiap masa.

Ada beberapa perkara asas yang perlu sentiasa kita pastikan supaya tayar kenderaan berada di dalam keadaan yang optimum:

  1. Tekanan angin tayar

    Memastikan tekanan angin tayar yang betul membantu untuk memaksimakan prestasi tayar dan penjimatan bahan bakar selain memberikan keselesaan pemanduan serta ketahanan tayar untuk jangkamasa yang lebih panjang.

    Angin tayar yang kurang akan menghasilkan lebih banyak haba lantas menyebabkan tayar haus dengan lebih cepat di bahagian luar. Penjimatan bahan bakar akan berkurang disebabkan oleh peningkatan “rolling resistance” (kerintangan putaran). Tayar yang lembik/lembut akan menyebabkan kenderaan anda bekerja lebih keras untuk menjana kelajuan.

    Terlalu banyak tekanan angin akan menyebabkan tayar di bahagian tengah menanggung beban kenderaan dan pemanduan. Hal inilah yang menjadikan tayar di bahagian tengah haus dengan lebih cepat.

    Bagaimanakah cara paling mudah untuk memastikan tekanan angin tayar kenderaan anda? Adakah dengan memicit tayar anda? Atau adakah ia bergantung kepada penglihatan anda? Sebenarnya cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan pam angin di stesyen minyak berhampiran anda. Anda boleh gunakan yang digital mahupun analog.

    Tahukah anda tekanan angin tayar kenderaan anda yang betul boleh didapati pada pintu sebelah pemandu?

  2. Keseimbangan tayar

    Tayar yang seimbang memastikan tayar haus secara sama rata, mengurangkan gegaran dan memastikan keselamatan pemanduan secara total.

    Untuk prestasi pemanduan yang optimum, dapatkan pemeriksaan berkala di pusat tayar berhampiran / pilihan anda. Pakar tayar akan memastikan keseimbangan keempat-empat tayar kenderaan anda sebaik mungkin dengan cara:

    ✔ Menanggalkan tayar dari kenderaan.
    ✔ Memasang tayar ke mesin mengukur keseimbangan tayar.
    ✔ Memeriksa keseimbangan berat tayar kenderaan anda terhadap paksinya dengan cara memusingkan tayar tersebut.
    ✔ Memastikan bahagian yang tidak seimbang dan meletakkan/melekatkan pemberat supaya tayar anda kembali seimbang.
    ✔ Memasang kembali tayar kepada kenderaan anda.

    Pastikan anda mendapatkan pemeriksaan berkala untuk memastikan tayar anda seimbang. Lakukan setiap 5,000 – 10,000 km.

  3. Penjajaran tayar

    Memastikan tayar yang sentiasa sejajar akan menyelamatkan poket anda daripada perlu menukar tayar yang disebabkan oleh tayar haus lebih cepat sebelum waktunya.

    Pakar tayar anda akan melaraskan penjajaran keempat-empat tayar kenderaan anda bukan hanya dengan menukar tetapannya kembali ke penetapan asal dari pengeluar, tetapi juga dengan:

    ✔ Melaraskan sudut tayar kenderaan agar berserenjang dengan permukaan jalan dan selari sesama tayar.
    ✔ Menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap sistem pengemudi dan sistem penggantungan tayar kenderaan anda.

    Berapa kerapkah anda perlu memastikan penjajaran tayar?

    ✔ Apabila menukar tayar baru.
    ✔ Selepas terlibat dengan pelanggaran, kemalangan atau melanggar lubang besar di jalanraya.
    ✔ Selepas menukar sistem penggantungan atau pengendalian.
    ✔ Jika kenderaan anda serong ke satu arah ketika pemanduan.
    ✔ Jika merasa gegaran pada stereng.
    ✔ Jika tayar anda haus tidak sekata.

Untuk memastikan keadaan tayar kenderaan anda sentiasa berada didalam keadaan optimum, dapatkan nasihat daripada pakar tayar di pusat tayar berdekatan anda.

Kami di CPSM menggalakkan penjagaan keselamatan menyeluruh, bukan sekadar memastikan anak-anak anda selamat dengan memakai kerusi keselamatan kanak-kanak. Tayar kereta merupakan ciri-ciri keselamatan PRIMER berbanding penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak yang menjadi ciri-ciri keselamatan SEKUNDER. Kurangkan risiko kemalangan dengan penjagaan tayar yang betul!

To read this article in English, please click here.
Advertisements

One thought on “Penyeliaan Tayar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s