Segelintir kanak-kanak berumur bawah 4 tahun mampu membuka pengancing dengan sendirinya. Jika kenderaan belum bergerak atau sudah berhenti, ia bukan satu masalah. Namun acap kali ibubapa mengadu yang anak mereka membuka pengancing semasa kenderaan sedang bergerak!
Artikel pendek ini tidak akan berbicara tentang cara untuk mengatasinya, tetapi akan menjelaskan rekabentuk pengancing mengikut piawaian UNECE R44.04.
Telah ditetapkan dalam perenggan 7.2.1.8.2.1, daya yang diperlukan untuk membuka sebuah pengancing pada kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) perlulah berada pada lingkungan 40 hingga 80 N.

Jumlah daya minimum 40 N itu adalah lebih kurang daya yang diperlukan untuk mengangkat barang seberat 4 kg. Jadi sekiranya anak anda mampu membuka pengancing CRS berpiawaian ECE R44.04, maka secara teorinya dia juga boleh mengangkat objek seberat 4 kg.
Sekiranya ini tidak benar, maka pengancing CRS anda mungkin bermasalah atau telah rosak sehingga ia amat mudah untuk dibuka. Hubungilah pengeluar CRS anda untuk memastikan CRS anak anda selamat untuk digunakan.
One thought on “ECE R44.04: Daya Yang Diperlukan Untuk Membuka Pengancing CRS”