Buku Panduan Aturan Penggunaan CRS

Setiap kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) akan didatangkan dengan sebuah buku panduan aturan penggunaannya. Ia diwajibkan dalam setiap piawaian CRS tersebut direka, samada UNECE, FMVSS atau lain-lain, agar buku panduan ini disediakan sekurang-kurangnya di dalam bahasa Inggeris, kadangkala di dalam bahasa ibunda negara CRS tersebut dijual.

Membaca manual kerusi keselamatan kanak-kanak adalah sama pentingnya dengan memasang dan menggunakannya dengan betul. Sentiasa ingat bahawa hanya pengeluar kerusi keselamatan itu sahaja yang tahu akan had dan kemampuan produk keluaran mereka. Oleh itu, anda perlu sentiasa patuh kepada panduan dan arahan penggunaan untuk memastikan perlindungan optimum bagi anakanda.

CRS Manual

Sentiasa simpan buku panduan kerusi keselamatan PADA kerusi tersebut. Di dalam kedua-dua piawaian UNECE R44.04 dan FMVSS 213, terdapat keperluan menyediakan tempat simpanan khas untuk buku panduan agar ia sentiasa berada pada CRS. Sekiranya kerusi keselamatan perlu dipasang dan digunakan oleh orang lain, ianya masih boleh digunakan dengan selamat dengan berpandukan manual pemasangan yang betul.

Di dalam perenggan 15.3.16 di dalam ECE R44.04, pengeluar perlu menyediakan tempat khas agar buku manual dapat disimpan selama hayat sesebuah CRS. Manakala di dalam seksyen S5.6.1.6 piawaian FMVSS 213 pula dinyatakan bahawa setiap CRS perlu mempunyai lokasi khas untuk menyimpan buku manual tersebut.

Kedua-dua keperluan yang sama ini penting agar pengguna dapat membuat rujukan semula pada bila-bila masa. Kedudukannya mungkin berbeza-beza mengikut jenama dan model CRS, jadi rujuklah manual anda untuk mengenalpasti lokasi spesifiknya.

Sentiasa berhati-hati semasa membeli sesebuah CRS kerana kami pernah menjumpai CRS yang dijual di pasaran tempatan yang tidak langsung mempunyai buku manual!

To read this article in English, please click here.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s