Kerusi Keselamatan Bayi: Penggunaan Berlebihan

Ramai ibubapa memilih kerusi keselamatan bayi (infant safety seat) kerana ianya memudahkan pergerakan mereka terutamanya jika pakej belian datang bersama-sama kereta sorong bayi (stroller).

Di sini salahguna akan mula berlaku.

Jika bayi sedang tidur, mereka akan mengeluarkan infant carrier tersebut, membawa masuk ke dalam rumah dan membiarkan bayi di dalamnya kerana khuatir anak akan terjaga. Apabila di dalam rumah, ibubapa akan membuka pengancing tali keledar, membuatkan bayi mereka melurut ke bawah kerana tidak lagi dipegang oleh tali kangkang. Ini akan menyebabkan kepala bayi tertunduk dan menutup saluran pernafasannya. Keadaan ini adalah amat merbahaya kepada bayi baru lahir kerana mereka belum mempunyai kawalan kepala.

Jika di kedai makan, ibubapa juga kerap membiarkan bayi di dalamnya. Kadangkala bayi yang berada di dalam kerusi keselamatan bayi ini diletakkan pula di tempat tinggi seperti di atas meja dan sebagainya.

Sebenarnya, sebuah kerusi keselamatan bayi, direka untuk kegunaan di dalam kenderaan sahaja dengan beberapa perkara yang harus diberi perhatian oleh pengguna.

Sudut condong sebuah kerusi keselamatan bayi yang dipasang di dalam kenderaan adalah berbeza dengan sudut condongnya jika diletakkan di tempat rata. Perbezaan beberapa darjah sudut itulah yang boleh meragut nyawa seorang bayi melalui kematian yang disebabkan asfiksia akibat salah kedudukan (positioning asphyxia) jika bayi dibiarkan terlalu lama berada di dalamnya.

Dalam bulan-bulan pertama kelahiran bayi, ibubapa perlu berhenti selama 10-15 minit bagi sekurang-kurangnya setiap 45 minit ke satu jam untuk perjalanan jauh. Ketika kenderaan berhenti di tempat selamat seperti di kawasan rehat dan rawat, keluarkanlah anak anda agar dapat diletakkan secara rata. Bagi bayi pramatang dan kelahiran dengan berat di bawah berat normal, jangkamasa perjalanan perlu dipendekkan lagi, secara idealnya ke 30 minit menurut The Royal Society for the Prevention of Accidents (RoSPA), United Kingdom. Untuk perjalanan jauh, hentian yang kerap perlu dirancang.

Saranan ini terpakai untuk kegunaan kerusi keselamatan bayi di luar kenderaan dan juga jenis-jenis kerusi keselamatan kanak-kanak yang lain. Hadkan penggunaannya dengan mengeluarkan anak setelah masuk ke dalam rumah. Jika anda menggunakan kereta sorong, pastikan penggunaannya juga dalam jangka waktu yang terhad.

Jangan lupa latihlah setiap penjaga anak anda tentang perkara ini dan cara-cara penggunaan kerusi keselamatan bayi yang betul mengikut saranan di dalam buku manual pengeluar.

JANGAN SESEKALI TINGGALKAN ANAK ANDA DI DALAMNYA TANPA PENGAWASAN!

To read this article in English, please click here.
Advertisements

One thought on “Kerusi Keselamatan Bayi: Penggunaan Berlebihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s