Penyelenggaraan CRS: Membasuh Sarung CRS

Kain yang digunakan untuk membuat sarung kerusi keselamatan (child restraint system, CRS) anak anda adalah berbeza dengan fabrik biasa. Salah satu kelainan jenis kain untuk CRS adalah ia disaluti bahan rencat api. Ya, selain memastikan anak anda dalam posisi anatomi yang paling selamat sekiranya berlaku kemalangan, CRS juga dilengkapi ciri keselamatan ini agar ia tidak mudah terbakar dan dapat memberikan beberapa saat tambahan untuk anda menyelamatkan anak anda sekiranya berlaku kemalangan dan kebakaran dalam masa yang sama.

Penjagaan CRS yang betul adalah penting untuk memastikan ciri keselamatan ini dikekalkan sentiasa. Sentiasa periksa label dan buku manual CRS anda untuk nasihat penjagaan yang betul dan spesifik. Contoh-contoh maksud label pada alas CRS adalah seperti dalam gambarajah.

Periksa mana satu simbol yang terdapat pada label sarung CRS anda. Pengeluar CRS mungkin tidak membenarkan basuhan di dalam mesin.

Secara umumnya:

  1. Cuci bahagian yang boleh dicuci seperti yang dinyatakan di dalam manual.
  2. Untuk cucian mesin (jika dibenarkan), gunakan tetapan biasa (regular) atau halus/lembut (delicate) dengan suhu air yang bersesuaian seperti yang disarankan pengeluar.
  3. Sekiranya anda perlu membasuh sarung CRS dengan kerap, adalah lebih disarankan untuk mencucinya dengan tangan walaupun pengeluar membenarkan cucian mesin.
  4. Jangan gunakan produk pembersih yang boleh menjejaskan ciri keselamatannya. Hanya gunakan jenis pembersih yang dibenarkan pengeluar CRS anda.
  5. Elakkan penggunaan tisu pengelap bayi (baby wipes), penyembur penyegar udara (air freshener spray) atau penyembur penghilang bau (odour-eliminating spray) kerana ia mungkin mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan bahan lapisan rencat api pada sarung CRS.

Bagaimana pula jika terdapat kotoran yang sukar dibersihkan atau sarung CRS sudah berbau hapak? Bolehkah dibersihkan dengan peluntur? Atau dengan cucian stim?

Jika anda perhatikan pada label cucian alas kerusi keselamatan kanak-kanak, terdapat tanda segitiga yang disertakan dengan pangkah di atasnya. Jika simbol hanya melibatkan segitiga tanpa tambahan lain padanya, ia menunjukkan fabrik tersebut boleh dicuci dengan peluntur.

Tanda segitiga beserta pangkah kerap dijumpai pada sarung CRS menandakan penggunaan peluntur adalah tidak dibenarkan.

Tanda segitiga beserta pangkah ini bermaksud anda tidak boleh menggunakan sebarang peluntur untuk mencuci sarung CRS. Penggunaannya akan menyebabkan kerosakan pada struktur fabrik yang membuatkan anda mungkin perlu menukar alas yang baru lebih awal daripada sepatutnya.

Selain itu, penggunaan peluntur juga menghilangkan kebolehan alas kerusi untuk melambatkan proses kebakaran pada fabrik seperti yang disebutkan sebelum ini. Jadi pastikan anda membersihkan sarung CRS anak anda dengan betul mengikut langkah yang disyorkan pengeluar.

Selain peluntur, air panas melebihi had dibenarkan pengeluar, cucian stim dan sabun antibakteria juga adalah tidak digalakkan untuk digunakan bagi mencuci sarung kerusi keselamatan anak anda melainkan dinyatakan oleh pengeluar.

To read this article in English, please click here.
Advertisements

One thought on “Penyelenggaraan CRS: Membasuh Sarung CRS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s