Tambatan Bawah ISOFIX

ISOFIX Lower Anchors

ISOFIX adalah piawaian antarabangsa untuk pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) ke dalam kenderaan, bagi membolehkan CRS dipasang dengan cepat dan selamat. Sistem ISOFIX ini dibangunkan bersama oleh pembuat/pengilang CRS Britax-Römer dan pembuat kereta Volkswagen dan produk pertamanya dikeluarkan pada tahun 1997. Di bawah Peraturan UNECE R14, semua kenderaan baru yang dihasilkan mulai Februari 2013 dikehendaki mempunyai tambatan bawah ISOFIX dan tambatan atas.

ISOFIX merupakan alternatif pemasangan CRS tanpa menggunakan sistem tali pinggang keledar kenderaan. CRS ISOFIX memerlukan tiga titik tambatan. CRS dipasang dengan DUA sambungan di bawah setiap sisi CRS dikenali sebagai tambatan bawah ISOFIX (ISOFIX lower anchors) dan SATU sambungan di bahagian atas yang dikenali sebagai tambatan atas (top tether). CRS ISOFIX juga boleh didapati dalam kombinasi pemasangan dua tambatan bawah beserta kaki sangga (support/load leg).

Pemilihan jenis pemasangan CRS ISOFIX

Tambatan bawah ISOFIX terdiri daripada batang logam mendatar yang terletak di celah tempat duduk di mana penyandar kerusi kenderaan dan kusyen tempat duduk bertemu. Penyambung ISOFIX pada CRS (yang kelihatan seperti dua klip buaya) disambungkan ke kenderaan pada batang logam ini.

Sesetengah kereta mempunyai tambatan bawah ISOFIX yang boleh dilihat dengan mudah manakala sesetengah yang lain mungkin mempunyai tambatan bawah ISOFIX yang berada di bawah penutup yang boleh dibuka atau ditanggalkan. Tidak kira bagaimana ianya direka, ia sepatutnya dilabelkan dengan perkataan atau logo ISOFIX bagi memudahkan pengguna untuk mencarinya. Setiap batang logam ini akan mempunyai panjang standard 25 mm dengan jarak maksimum 255 mm dari satu sama lain.

Cara terbaik mencari tambatan bawah ISOFIX adalah memulakan pencarian dengan berpandukan buku panduan kenderaan anda.

Rujukan:

  1. History & Heritage. (n.d.). Retrieved August 14, 2018, from https://us.britax.com/why-britax/history-heritage/
  2. US9616782B2 – Car Seat Vehicle Connection System, Apparatus, and Method. (n.d.). Retrieved August 14, 2018, from https://patents.google.com/patent/US9616782B2/en
If you want to read this article in English, please click here.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s