Laluan Tali Pinggang Keledar Yang Salah

Sepanjang kami menjalankan program pemeriksaan kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS), kami telah melihat pelbagai kesalahan laluan tali pinggang keledar.

Kesalahan laluan tali pinggang keledar yang banyak dilakukan semasa pemasangan CRS piawaian UNECE adalah ketika memasang CRS dengan orientasi hadap-belakang yang mana tali keledar bahagian bahu perlu dilalukan di belakang CRS. Kebanyakan ibubapa keliru dengan tali bahagian mana yang perlu dilalukan ke belakang, samada bahagian bahu atau bahagian riba. Ada segelintir yang faham cara pemasangan tapi memilih untuk mengabaikan saranan pemasangan oleh pengeluar CRS kerana adalah agak sukar memasukkan anak yang meronta ke dalam CRS apabila ada tali keledar yang merintang di pintu. Mereka memilih untuk memusingkan tali keledar di belakang CRS hingga tali bahagian bahu dapat dilalukan ke sebelah bertentangan (rujuk gambar di bawah).

Kenapa ianya penting untuk mengikut aturan penggunaan yang ditetapkan oleh pengeluar? Apa akan terjadi jika anda tersilap memasang kerusi keselamatan anak anda dengan laluan tali pinggang keledar yang salah?

Ia mungkin akan berpusing ke kiri menghentam pintu atau ke kanan menghentam penumpang lain di dalam kabin. Ia juga mungkin berpusing ke hadapan hingga menyebabkan lebihan impak pada leher anak anda. Kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi sebenarnya ketika perlanggaran. Ia juga boleh meningkatkan risiko kecederaan atau kematian anak anda kerana laluan tali keledar yang salah telah menghapuskan kebolehupayaannya untuk melindungi anak anda.

Satu lagi jenis kesalahan laluan tali pinggang keledar adalah menggunakan laluan tali keledar hadap-belakang untuk pemasangan hadap-depan atau sebaliknya. Di dalam video di bawah, dua CRS dipasangkan secara hadap-depan secara bersebelahan. Yang paling hampir dengan penonton telah dipasangkan dengan betul manakala yang bersebelahannya dipasangkan dengan laluan tali keledar hadap-belakang. Saksikan bagaimana CRS yang dipasangkan dengan laluan tali keledar yang salah berpusing ke hadapan secara berlebihan dan meningkatkan risiko kecederaan kepala.

Sumber video: UMTRI YouTube Channel

Di bawah ini pula, sebuah lagi video dengan laluan tali keledar yang salah. Di sebelah kiri, CRS dipasangkan secara hadap-belakang dengan laluan tali keledar yang betul manakala di sebelah kanan, CRS hadap-belakang telah dipasangkan dengan laluan tali keledar untuk orientasi hadap-depan. Lihat bagaimana ia berpusing ke hadapan secara berlebihan sehingga CRS terbalik.

Sumber video: UMTRI YouTube Channel

Untuk melindungi anak anda di dalam kenderaan bergerak, ia bukan sekadar menggunakan CRS yang bersesuaian, tetapi memasang dan menggunakannya dengan betul setiap masa. SENTIASA rujuk aturan penggunaan CRS yang ditetapkan oleh pengeluar yang boleh anda dapati di dalam buku manual CRS.

If you want to read this article in English, please click here.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s