CRS Parts: Label UNECE R44/04

Bahagian ini bukanlah betul-betul dianggap sebagai ‘bahagian’ dalam sesebuah kerusi keselamatan kanak-kanak tetapi ia adalah bahagian yang penting untuk diketahui. Sebenarnya, ia adalah identiti sebuah kerusi keselamatan kanak-kanak tidak kira apapun piawaian yang digunakan.

Apabila membeli kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) dengan piawaian Eropah, EU (UNECE), carilah pelekat oren (kadangkala berwarna merah atau hitam) yang mengandungi maklumat kelulusan piawaian. Pelekat ini dipanggil label kelulusan. Untuk CRS yang diluluskan oleh piawaian keselamatan kanak-kanak EU, piawai terbaru yang digunapakai adalah UNECE R44/04 dan UNECE R129.

Bermula April 2008, semua kerusi keselamatan kanak-kanak yang telah dihasilkan sebelum 1995 dan diluluskan mengikut piawai UNECE R44/01 dan R44/02 tidak lagi sah dan tidak boleh digunakan atau dijual. Hanya kerusi yang memaparkan label oren mengikut piawai Eropah, menunjukkan kelulusan mengikut piawaian UNECE R44/04 dan UNECE R129 boleh digunakan secara sah. Manakala kerusi dengan piawaian UNECE R44/03 tidak lagi boleh dihasilkan sejak pengenalan piawai edisi terkini (ECE R44/04) pada tahun 2005 walaupun ia masih sah dari segi undang-undang untuk digunakan sehingga kini. Namun begitu, sekiranya CRS tersebut dikeluarkan pada tahun 2005 sekalipun, ia telah berusia 14 tahun dan mungkin telah lama mencapai akhir jangka hayatnya.

Pada tahun 2005, jangka hayat CRS yang dihasilkan hanya sekitar 6 tahun dari segi ketahanan pengancing dan tali keledarnya. Sumber imej: http://www.useddudley.co.uk

Untuk CRS berpiawaian UNECE R44/04, contoh label kelulusan adalah seperti rajah di bawah. Sebuah label kelulusan ECE R44/04 sepatutnya mengandungi:

  1. Jenis piawaian kelulusan akan tertulis “ECE R44/04”.
  2. Jenis kelulusan. Terdapat 3 jenis kelulusan kerusi keselamatan mengikut piawai ECE R44/04: “Universal“, “Semi-Universal” dan “Vehicle Specific“. “Universal” bermaksud CRS itu diluluskan untuk pemasangan dengan tali pinggang keledar dalam semua jenis kereta. Walaubagaimanapun anda harus memeriksa sekiranya CRS itu sesuai dan boleh dipasang dengan betul dalam kereta anda.
  3. Kumpulan julat berat anak yang diluluskan. Sebagai contoh di dalam gambarajah di bawah, CRS ini untuk kegunaan anak yang mempunyai berat di dalam julat berat 0 hingga 13 kg.
  4. Bagaimana anak dikeledarkan di dalam CRS. Jika terdapat huruf ‘Y’, ia bermakna CRS menggunakan tali keledar yang mempunyai tali kangkang (i.e. bukan menggunakan tali pinggang keledar kenderaan). Kadangkala terdapat tanda ‘S’ yang bermakna CRS tersebut mempunyai sistem keledar yang unik, khas dibuat untuk kanak-kanak kelainan upaya.
  5. Negara di mana kelulusan diperolehi ditanda dengan kod ‘E’. Kod ini adalah mengikuti sistem pengekodan negara WP.29. Untuk senarai kod negara UN, anda boleh semak di sini: https://en.wikipedia.org/wiki/World_Forum_for_Harmonization_of_Vehicle_Regulations
  6. Nombor kelulusan. Dua nombor pertama (04) menunjukkan edisi piawai mana kerusi keselamatan kanak-kanak telah diluluskan, dalam kes ini, ia mengikuti ECE R44/04.
Label kelulusan untuk CRS piawaian ECE R44/04 yang selalu datang dalam bentuk pelekat.

Label kelulusan ini selalu datang dalam bentuk pelekat yang diletakkan di bahagian tapak atau sisi sesebuah CRS. Ia juga kadangkala ditempa pada rangka CRS dan ada pula yang dicetak secara terus pada fabrik sarung CRS atau dijahit padanya.

Adakah kerusi keselamatan anak anda mempunyai label kelulusan ini?

To read this article in English, please click here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s