Vehicle Maintenance: Bagaimana Mengatasi Kabut Di Cermin Kenderaan

Memandu dengan cermin depan berkabut boleh menjengkelkan, apatah lagi berbahaya. Tingkap kenderaan boleh berkabut apabila kondensasi air belaku pada permukaan luar dan dalam cermin kenderaan. Mengapa kabut berlaku?

Terdapat pelbagai faktor yang terlibat dalam pembentukan kabut termasuklah:

  1. Kelembapan
  2. Haba
  3. Ketegangan permukaan
  4. Pemeluwapan.

Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah ini dengan menghapuskan faktor-faktor yang menyebabkan kabut seperti:

  • Jika pemeluwapan terjadi pada permukaan luar kenderaan anda, gunakan pengelap cermin depan untuk menyingkirkan kabut buat sementara waktu.
  • Gunakan tetapan haba nyah-kabut / nyah-beku (defogger / defroster) kenderaan anda secara tetap untuk mengimbangi suhu kaca di dalam kereta anda. Naikkan suhu penyaman udara anda dan / atau hidupkan pemanas bagi memanaskan tingkap supaya ia berada di atas titik embun.
Butang nyah-kabut selalunya berada di konsol berhampiran tetapan penghawa dingin kenderaan.
  • Semak sama ada penghawa dingin atau pemanas anda berada pada tetapan ‘Kitar’ atau ‘Udara Segar’. Tukar dari mod ‘Kitar’ ke mod ‘Udara Segar’. Walaupun tetapan ‘Kitar’ pada pemanas kereta anda mungkin boleh membuatkan cermin kereta menjadi panas dengan lebih cepat, kelembapan tetap berada di dalam kereta! Tutupkan mod ‘Kitar’ ini untuk membiarkan udara segar masuk dan air keluar.
Gunakan tetapan ‘Udara Segar’ untuk menyeimbangkan suhu dan kelembapan di dalam kabin dengan keadaan luar.
  • Buka tingkap kenderaan anda, jika keadaan selamat/membenarkan dan tidak berbahaya atau hujan, untuk membiarkan kelembapan keluar dan elakkan cermin anda dari berkabut secara berterusan.
  • Gunakan agen / rawatan anti-kabut. Agen anti-kabut adalah bahan kimia yang menghalang pemeluwapan air pada permukaan. Sapukan bahagian dalam tingkap dengan agen anti-fog atau pembersih tetingkap berasaskan ammonia dengan gerakan yang mendatar atau menegak secara teratur untuk menghilangkan pembentukan filem yang biasanya terjadi pada permukaan cermin. Lakukan langkah ini secara berkala untuk hasil yang terbaik.

⚠️ Elakkan memandu dengan tetingkap berkabus, kerana ini boleh mengakibatkan kemalangan ⚠️

To read this article in English, please click here.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s