ECE R44/04: Tali Keledar CRS

Tali keledar kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) bersama-sama dengan pengancingnya membentuk sistem keledar yang merupakan bahagian penting dalam sebuah CRS.

Mengikut UNECE R44/04, tali keledar perlu direka dengan ciri-ciri berikut dan melalui ujian-ujian tertentu sebelum sebuah CRS dapat diluluskan:

  • Untuk CRS kumpulan 0, 0+ & I, lebar minimum tali adalah 25 mm.
  • Untuk CRS kumpulan II & III, lebar minimum tali adalah 38 mm.
  • Tali keledar sepatutnya tidak boleh ditarik semuanya melolosi sebarang pelaras, pengancing atau tambatan.
  • Sampel tali perlu diuji dengan ujian kekuatan regangan untuk mengenalpasti beban pemutusnya berada di bawah paras yang dibenarkan iaitu di bawah: 3.6 kN bagi kumpulan 0, 0+ dan I; 5 kN untuk kumpulan II; 7.2 kN untuk kumpulan III.

Ujian ini perlu dilakukan setelah sampel melalui proses pengolahan berikut:

✍ Keadaan bilik – di bawah kondisi bilik yang normal.
✍ Pengolahan cahaya – tali didedahkan pada cahaya sehingga warnanya luntur ke warna tertentu.
✍ Pengolahan sejuk – tali didedahkan untuk sekian waktu kepada suhu rendah (-30 °C) dan dikenakan beban sejuk ke atasnya.
✍ Pengolahan panas – tali didedahkan untuk sekian waktu kepada suhu tinggi (60 °C).
✍ Pendedahan pada air – tali direndam dalam air suling bersama-sama agen pembasah.
✍ Pelelasan – tali melalui kitaran beban untuk memberi simulasi kesan pelelasan akibat digunakan.

Seperti yang anda perhatikan di atas, pelbagai pengolahan dibuat sebelum setiap sampel diuji kekuatan regangannya untuk memberi gambaran pelbagai kondisi yang dilalui oleh tali keledar CRS sepanjang hayatnya. Bagi pengilang atau empunya hak sesebuah jenama yang tidak mempunyai sebarang fasiliti penyelidikan dan pembangunan, ujian-ujian ini perlu dilakukan di fasiliti pihak ketiga yang membekalkan sistem tali keledar tersebut. Adalah amat penting bagi mereka untuk mencari fasiliti yang mempunyai integriti.

Sebagai pengguna, kita hanya boleh mengharapkan jenama-jenama yang mengeluarkan CRS ini melihat perkara ini sebagai sesuatu yang serius.

⚠️ Walaupun sampel tali keledar telah melalui pelbagai olahan dan ujian, kita seharusnya sentiasa mengikut saranan penggunaan dan penyenggaraan yang telah digariskan oleh pengilang dalam manual CRS mereka ⚠️

If you want to read this article in English, please click here.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s