CRS Parts: Tali Keledar

Tali keledar anak (harness) adalah dua tali panjang yang dikancing dengan pengancing (buckle) yang mengekalkan anak di kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) dan menyebarkan kuasa impak ketika kemalangan.

Secara amnya, kerusi keselamatan kanak-kanak dilengkapi dengan tali keledar 3-penjuru atau 5-penjuru bagi CRS Kumpulan 0+, manakala hanya jenis tali keledar 5-penjuru sahaja digunakan bagi CRS Kumpulan 1.

Perbezaan antara CRS dengan tali keledar 5-penjuru dan 3-penjuru.

Perbezaan antara keduanya adalah seperti berikut:

  • 5-penjuru: tali keledar jenis ini mempunyai lima penjuru yang berhubung – satu di setiap bahu, satu di setiap sisi pelvis, dan satu di antara dua kaki (di celah kelengkang) dengan kesemua pepenjuru bertemu pada satu pengancing.
  • 3-penjuru: tali keledar jenis ini mempunyai tiga penjuru yang berhubung – dua tali di bahu yang bertemu dengan satu pengancing. (Jangan kelirukan ia dengan tali pinggang keledar kenderaan 3-penjuru).

Lebih tinggi jumlah pepenjuru, lebih baik ia menyebarkan kuasa impak ketika kemalangan. Tetapi mengapa dalam CRS Kumpulan 0+ yang membawa bayi boleh hanya menggunakan tali keledar 3-penjuru?

Kerana Kumpulan 0+ SENTIASA dipasang menghadap belakang dan kuasa impak akan disebarkan ke penyandar tempat duduk semasa dalam perlanggaran, mengurangkan banyak tenaga yang bertindak kepada kanak-kanak dan melindungi leher dan tulang belakang mereka.

Ketahui lebih lanjut apakah jenis ujian-ujian yang dijalankan ke atas tali keledar CRS di sini.

To read this article in English, please click here.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s