CarseatParts101 – Penyandar / Penahan Kepala

Kajian saintifik telah mendapati bahawa kepala dan leher adalah anggota badan yang paling kerap cedera bagi kanak-kanak yang duduk menghadap ke hadapan tanpa mengira arah kemalangan. Sesebuah kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) perlu direkabentuk dengan liputan perlindungan yang melingkungi bahagian kepala dengan ketetapan tinggi penyandar tertentu. Sesetengah CRS mempunyai penyandar atau penahan kepala bagi memenuhi keperluan ini.


Penyandar kepala, juga dikenali sebagai penahan kepala, berfungsi untuk mengehadkan pergerakan leher yang berlebihan sekiranya berlaku kemalangan dan mengelakkan kecederaan lecut (whiplash injury). Kecederaan lecut adalah kecederaan yang biasa berlaku kepada leher seseorang akibat pecutan-nyahpecutan tiba-tiba yang menyebabkan pergerakan kepala dan leher ke hadapan dan kemudian ke belakang, atau sebaliknya, dengan terlalu pantas. Kebanyakannya terjadi akibat dari kemalangan kenderaan bermotor dan ia lebih serius dalam perlanggaran dari belakang.


CRS jenis hadap-depan akan mempunyai had ketinggian tertentu bagi memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan di bahagian kepala mereka. Secara amnya, bahagian atas telinga tidak boleh melepasi bahagian paling atas pada CRS. Untuk kanak-kanak yang menggunakan booster tanpa penyandar, sentiasa pastikan penyandar kepala kenderaan atau penyandar kerusi kenderaan disetkan agar dapat menampung belakang kepala anak anda. Adalah lebih baik sekiranya ibubapa dapat menggunakan booster berpenyandar apabila anak-anak telah mencapai pertumbuhan yang sesuai untuk penggunaannya.


⚠️ Sentiasa rujuk manual CRS anda untuk memastikan had ketinggian yang tepat bagi setiap orientasi yang digunakan ⚠️

To read this article in English, please click here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s