CRS 101: Jenis-jenis Kerusi Booster

Tahukah anda bahawa kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun sebenarnya masih perlu dikeledarkan sekurang-kurangnya dengan mengunakan kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) jenis booster?

Terdapat tiga jenis kerusi booster iaitu:

  • Booster Tanpa Penyadar
  • Booster Berpenyandar
  • Booster Kombinasi

Jom kita kenal dengan lebih lanjut.

1. Booster Tanpa Penyadar

Booster jenis ini hanya terdiri daripada kusyen khas yang meninggikan kedudukan anak anda supaya kedudukan kepala anak anda sama paras dengan penyandar/penahan kepala kerusi kenderaan. Memandangkan CRS ini tiada penyandar, pengguna perlu duduk bersandarkan kerusi kenderaan. Penyandar/penahan kepala pada kerusi kereta amat penting apabila menggunakan CRS jenis ini kerana ketiadaan perlindungan kepala pada booster tanpa penyandar.

2. Booster Berpenyandar

Booster jenis ini mempunyai kusyen dan juga penyandar. Aras penyandar kepala dan juga aras tali pinggang keledar biasanya boleh dilaraskan mengikut ketinggian anak. Penyandar boleh dibuka dan ditukarkan kepada booster tanpa penyandar bagi sesetengah model. CRS jenis ini menggunakan sistem tali keledar kenderaan untuk memasangnya dan mengeledarkan anak di dalamnya. Ada sesetengah model menggunakan penambat bawah ISOFIX bagi mengekalkan kedudukannya di dalam kenderaan apabila anak tidak menggunakannya.

3. CRS Kombinasi

CRS kombinasi adalah CRS yang boleh digunakan dengan tali keledar/abah-abah 5-penjuru (bagi pengguna yang mempunyai berat badan kurang daripada had tali keledar tersebut) atau pun sebagai booster apabila berat pengguna sudah melebihi had penggunaan tali keledar 5-penjuru. Kebanyakan penyandar belakang bagi model CRS kombinasi tidak dapat ditanggalkan.

Sekarang anda sudah tahu ketiga-tiga jenis CRS booster. Tetapi, CRS yang manakah sesuai digunakan untuk anak anda pada kenderaan yang dinaiki? Jom ikuti blog ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

To read this article in English, please click here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s