Dinamik Perlanggaran: Hukum Newton Kedua

Dalam menentukan samada anda selamat atau tidak ketika perlanggaran, kunci utamanya adalah memperlahankan diri anda seberapa lama yang boleh. Ianya kerana Hukum Newton Kedua menerangkan bahawa, daya (Force, F) yang akan anda rasakan ketika perlanggaran adalah bersamaan dengan jisim anda (mass, m) didarabkan dengan pecutan anda ketika itu (acceleration, a).

Pecutan di sini merujuk kepada perubahan halaju anda (velocity, v) (nyahpecutan semasa perlanggaran) yang dibahagikan dengan masa ia berlaku (time, t).

Di dalam ekspresi matematik, t dikira berkadar songsang dengan a. Ini bermakna, apabila nilai t meningkat, nilai a akan berkurangan. Dengan nilai a yang berkurangan ini, apabila dimasukkan ke dalam persamaan daya, F di mana F pula adalah berkadar langsung dengan a, maka F akan turut berkurang.

Dalam erti kata yang lebih mudah, jika anda membrek pada kelajuan 80 km/j anda akan mengambil masa yang lebih lama untuk berhenti berbanding sekiranya anda tiba-tiba berhenti akibat melanggar sebuah tembok pada kelajuan yang sama. Proses memperlahankan diri yang lebih lama ini (pertambahan masa) adalah apa yang mengelakkan anda dari tercedera. Berhenti secara mengejut akan bermakna, lebih tinggi daya dikenakan ke atas diri anda.

Ini adalah sebab kenapa kenderaan direka dengan:

✔ Zon remuk – yang akan meremuk secara sistematik dan menambah masa kenderaan berhenti sepenuhnya.
✔ Tali pinggang keledar yang boleh meregang – dengan regangan yang menambah beberapa mikro saat badan penumpang berhenti.
✔ Beg udara meningkatkan keselamatan sekiranya badan berada di posisi yang betul sebelum perlanggaran

Ia juga antara sebab kenapa kereta-kereta lama yang dianggap ‘kukuh’ perlu dimansuhkan, kerana teknologi keselamatannya telah lapuk.

Ia juga antara sebab kenapa kami kerap katakan, tali keledar kerusi keselamatan anak anda haruslah KEMAS dan bukannya KETAT.

Sekarang, pandang pula patung di dalam gambar. Semasa kanak-kanak yang dikeledarkan masih lagi ‘diperlahankan’ oleh tali keledar kerusi keselamatannya, kanak-kanak yang tidak dikeledarkan itu telah pun ‘berhenti’ apabila menghentam belakang kerusi pemandu.

Hukum fizik terpakai selagi mana anda berada di atas bumi. Tidak kira jauh atau dekat jarak perjalanan anda, ia TIDAK ADA kaitan dengan mekanisma perlanggaran.

Jadi, masih lagi tidak mahu mengeledarkan anak anda di dalam kerusi keselamatan?

To read this article in English, please click here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s