Beg Udara: Baik Untuk Dewasa, Tidak Untuk Kanak-kanak

Beg udara direka untuk perlindungan tambahan selain tali keledar bagi penumpang dewasa di dalam kenderaan. Apabila terdapat kanak-kanak, beg udara mungkin membahayakan mereka kerana halajunya keluar ketika perlanggaran berlaku adalah terlalu cepat dengan impak yang kuat. Ia juga disebabkan anatomi kanak-kanak yang tidak bersesuaian dengan kedudukan beg udara yang dicipta berdasarkan anatomi orang dewasa. Ketika beg udara hadapan boleh mengampu bahagian dada orang dewasa yang terluncur ke hadapan, beg udara yang sama boleh menghentam muka dan kepala kanak-kanak kerana mereka lebih pendek.

Dalam pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS), langkah untuk mengenalpasti lokasi beg udara perlu terlebih dahulu diambil sebelum menentukan lokasi manakah anda boleh memasang CRS anak anda.

Kunci utamanya adalah buku manual pemilik kenderaan. Mulakan pembacaan anda dengan membuka manual ini. Kenalpasti samada lokasi yang ditandakan di dalam manual sama dengan beg udara yang dipasangkan secara fizikal di dalam kenderaan anda kerana ia kadangkala berbeza bergantung kepada variasi model kenderaan yang di jual di negara ini.

Bagi mencari kedudukan beg udara secara fizikal, kenalpasti label bertulis “Airbag” atau “SRS Airbag” pada tempat-tempat berikut:

  1. Tempat duduk penumpang depan di papan pemuka.
  2. Label fabrik atau sebarang penandaan lain di sisi kerusi kenderaan.
  3. Label di rangka tiang depan dan tengah kenderaan.
  4. Bahagian bawah stereng kenderaan.
Lokasi yang mungkin bagi beg udara sisi.

Perlu diingatkan kedudukan label berbeza-beza mengikut kenderaan tetapi anda harus memeriksa keempat-empat tempat utama ini serta memastikan syarat-syarat pemasangan di lokasi tersebut sekiranya terdapat beg udara.

Anda MUNGKIN:

  1. Perlu memadamkan beg udara (jika terdapat suis pemadamnya).
  2. Tidak boleh memasang CRS di lokasi tersebut
  3. Tidak boleh meletakkan apa-apa objek lain di lokasi tersebut untuk mengelakkannya menjadi objek yang terlontar ketika kemalangan atau menghalang keluarnya beg udara.

⚠️ Jangan sekali-kali memasang CRS hadap-belakang di tempat duduk yang mempunyai beg udara hadapan yang aktif ⚠️

Lihat apa yang akan berlaku sekiranya anda melakukannya.

Beg udara hadapan terkeluar ketika perlanggaran dengan halaju setara halaju keretapi peluru lalu menghentam belakang CRS hadap-belakang ini. Anak anda mungkin akan mati serta merta!

Periksalah manual dan kenderaan anda hari ini untuk memastikan anak anda selamat!

To read this article in English, please click here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s