Beg Udara

Air Bags

Beg udara adalah sejenis alat keselamatan kenderaan dan merupakan sistem kekangan tambahan (supplemental restraint system, SRS) atau kekangan tambahan boleh-kembung (supplementary inflatable restraint, SIR). Perkataan “tambahan” bermaksud bahawa beg udara direka sebagai tambahan untuk membantu tali pinggang keledar melindungi pengguna di dalam kenderaan dan bukan menggantikan tali pinggang keledar. Meletakkan kebergantungan kepada beg udara sebagai perlindungan tanpa memakai tali pinggang keledar adalah sangat berbahaya. Di samping itu, beg udara menyediakan kusyen dan kekangan lembut semasa berlakunya kemalangan untuk mengelakkan atau mengurangkan sebarang kecederaan akibat impak kemalangan di antara pengguna kenderaan dengan bahagian dalam kenderaan.

Beg udara diperbuat daripada kain nilon yang nipis, yang dilipat ke dalam stereng atau papan pemuka atau, yang terkini, tempat duduk atau pintu. Sekiranya berlaku kemalangan, beg udara mengembung dengan pantas dan kemudiannya mengecut sebaik sahaja berlaku perlanggaran atau impak dengan permukaan atau pengurangan kelajuan secara mendadak. Ini adalah sangat penting; jika beg udara tidak mengecut, kepala akan melantun dari beg udara ke arah lain pula.

Satu analisis meta telah dijalankan ke atas keberkesanan beg udara hadapan untuk mengurangkan kadar kematian pemandu telah dijalankan oleh Høye pada tahun 2010. Kajian tersebut mendapati bahawa kematian pemandu yang memakai tali pinggang keledar dapat dikurangkan sebanyak 22% apabila semua jenis beg udara dianggap hadir bersama dalam pelanggaran hadapan. Beg udara adalah tidak berkesan dan tidak produktif untuk pemandu yang tidak memakai tali pinggang keledar serta boleh meningkatkan risiko kematian dalam kemalangan kenderaan tunggal.

Selain beg udara hadapan, terdapat beberapa jenis beg udara lain antaranya; beg udara sisi, lutut, tirai, dan beg udara di tali pinggang keledar kereta.

Kehadiran beg udara yang direka untuk tambahan ciri keselamatan bagi penumpang dewasa di dalam kenderaan mungkin memberi kekangan untuk anda memasang kerusi keselamatan kanak-kanak. Sebagai contoh, sebuah kenderaan yang mempunyai beg udara yang keluar dari sisi tempat duduk kereta, tidak akan membenarkan pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak pada posisi tersebut. Begitu juga dengan beg udara hadapan yang tidak boleh dipadamkan.

⚠️ Sentiasa periksa manual kenderaan anda terlebih dahulu untuk memastikan tiada sebarang kekangan sebelum memasang kerusi keselamatan anak anda ⚠️

Sumber:

Høye, A. (2010, July 22). Are airbags a dangerous safety measure? A meta-analysis of the effects of frontal airbags on driver fatalities. Retrieved September 8, 2018, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20728659.

To read this article in English, please click here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s