Kunci Keselamatan Kanak-Kanak

Kunci Keselamatan Kanak-Kanak Pada Pintu Kereta

Kunci keselamatan kanak-kanak dibina di pintu belakang kebanyakan kereta untuk mencegah penumpang kerusi belakang, terutamanya kanak-kanak kecil, dari membuka pintu semasa transit mahu pun semasa kenderaan itu bergerak. Kebanyakan kenderaan telah dibina dengan ciri ini sejak awal tahun 1980-an.

Kunci kanak-kanak memberikan pemandu kenderaan satu kaedah yang mudah, selamat dan terjamin bagi mengelakkan sesiapa keluar dari kereta tanpa kebenaran. Walaupun dipanggil kunci keselamatan kanak-kanak, ia sama berkesan terhadap penumpang dewasa.

Kebanyakan kunci keselamatan kanak-kanak boleh diaktifkan dan dinyahaktifkan melalui suis kecil di tepi pintu. Ianya hanya boleh diakses apabila pintu dibuka, seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Sesetengah kereta mempunyai kawalan kunci keselamatan kanak-kanak menggunakan mekanisme putaran yang hanya boleh dikendalikan dengan kunci.

Sebaik sahaja pintu ditutup, kawalan kunci keselamatan kanak-kanak langsung tidak dapat diakses oleh penumpang. Dalam sesetengah model kereta baru, kunci keselamatan kanak-kanak boleh diaktifkan secara elektronik dari kedudukan pemandu melalui unit kawalan pintu (rujuk ruang komen).

Apabila kunci keselamatan kanak-kanak diaktifkan, pemegang pintu bahagian dalam kereta hanya akan bergerak dengan bebas tanpa membuka pintu. Pintu tersebut tidak dapat dibuka oleh penumpang dari dalam dan juga penumpang tidak dapat menyahaktifkannya.

Pintu hanya boleh dibuka oleh seseorang menggunakan pemegang pintu dari luar, sama ada oleh orang kedua atau oleh penumpang itu sendiri dengan membuka tingkap dan mencapai pemegang pintu luar.

To read this article in English, please click here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s