Mencuci Kenderaan Anda

Washing Vehicles

Bulan lepas kami sudah menceritakan tentang persediaan untuk membasuh kenderaan. Kali ini, segmen #VehicleMaintenance akan menyambung perbincangan dengan tatacara pencucian kenderaan yang baik.

Mencuci Bahagian Luar Kenderaan

1. Pastikan semua barang dan bahan yang diperlukan diletakkan berhampiran kenderaan. Ini termasuk bahan pencuci: sabun basuh kereta, bekalan air bergantung kepada saiz kenderaan, baldi, kain mencuci, span, berus penyental, hos, dan kain mikrofiber atau tuala untuk mengeringkan kereta anda.

2. Sembur air menggunakan hos ke arah kereta untuk melonggarkan dan melembutkan kotoran, dengan menyemburkan air dari atas ke bawah dari semua permukaan.

3. Basuh roda terlebih dahulu. Roda kereta sering menjadi bahagian yang paling kotor, jadi ia adalah idea yang baik untuk membasuhnya terlebih dahulu, supaya kotoran hilang dari roda.

4. Basuh kereta dengan menggunakan kain pencuci yang besar, mengikut bahagian, bermula dari bahagian atas. Gosok kotoran najis burung dan serangga yang boleh merosakkan cat. Pastikan kain pencuci dibersih dengan membilasnya dengan kerap bagi mengelakkan sebarang pasir melekat pada kain basuhan dan mencalarkan kenderaan.

5. Bilas setiap bahagian selepas dibasuh dari atas ke bawah.

6. Keringkan permukaan kenderaan dengan tuala kering; lap sepenuhnya ke semua permukaan untuk mengelakkan penghasilan karat. Tuala mikrofiber berfungsi dengan baik untuk mengeringkan semua permukaan kereta.

Membersihkan Bahagian Dalam Kenderaan

1. Bersihkan cermin depan, tingkap sisi, tingkap belakang dan sunroof dengan menggunakan tuala mikrofiber. Gunakan gerakan membulat untuk membersihkan bahagian dalam setiap tingkap.

2. Bersihkan kawasan papan pemuka, roda stereng dan konsol tengah menggunakan kain lembap dengan pembersih domestik. Bersihkan dari kawasan paling bersih ke arah kawasan paling kotor, meninggalkan bahagian paling kotor untuk yang terakhir.

⚠️ Jika anda menggunakan sebarang pengilat untuk bahagian dalaman kenderaan, elakkan menyapunya pada stereng dan tuil gear kerana ini boleh menyebabkan ianya licin dan membahayakan pemanduan ⚠️

3. Vakum bahagian dalaman bermula dari siling kereta dan kemudian secara beransur-ansur ke arah lantai. Muncung yang sesuai harus digunakan untuk pelbagai permukaan kenderaan. Alihkan aras kerusi hadapan dengan pelaras kerusi bagi memudahkan akses ke kawasan yang sukar dicapai.

Yey, selesai mencuci kereta!

Oopps, jangan lupa untuk memasang semula kerusi keselamatan anak anda.

To read this article in English, please click here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s