Sedia untuk membasuh kereta?

Before Washing Vehicles

Membasuh kereta di rumah boleh menjadi senaman yang baik dan aktiviti yang menyeronokkan bukan hanya untuk anda tetapi juga anak-anak. Ia boleh menjimatkan wang yang akan dibelanjakan untuk membasuh kereta, dan membolehkan anda memberi perhatian yang lebih kepada kawasan kotor kenderaan anda.

Memilih untuk mencuci kereta secara komersial, walau bagaimanapun, dapat menjimatkan masa dan tenaga. Hari ini, menghantar kereta untuk cucian di pusat mencuci kereta adalah pilihan ramai kerana ia juga menjimatkan penggunaan air dengan air sisa yang kurang.

Walau apa pun kaedah yang anda pilih, pastikan anda lakukan perkara berikut setiap kali anda mencuci kereta:

1. Periksa semua tingkap agar ditutup dan antena ditarik untuk menghalang air daripada masuk ke dalam kereta atau antena patah.

2. Periksa semua ciri keselamatan kereta (lampu depan, lampu brek, kunci keselamatan kanak-kanak di pintu kereta, tali pinggang keledar dan lain-lain).

3. Keluarkan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) untuk membolehkan pembersihan kenderaan dalaman yang menyeluruh.

⚠️ Ingatlah untuk mengambil gambar pemasangan CRS sebelum ditanggalkan supaya ini boleh membantu anda memasangnya semula. Sila pastikan buku manualnya disimpan kemas, tidak tercicir atau ditinggalkan di pusat mencuci kereta ⚠️

4. Keluarkan semua barang besar dari kereta.

5. ⚠️ Pastikan CRS dan tali keledar TIDAK dibersihkan dengan cucian stim. ⚠️

To read this article in English, please click here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s