Sudut Condong untuk Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Hadap-Belakang

Kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) hadap-belakang telah direka dengan kedudukan sudut condong tertentu iaitu antara 30 ke 45 darjah dari satah menegak.

Sebenarnya di dalam kenderaan, lebih tegak sesebuah penyandar kerusi kenderaan atau CRS kanak-kanak ianya adalah lebih baik untuk perlindungan ketika kemalangan. Namun begitu, oleh kerana bayi baru lahir belum ada kekuatan leher untuk mengawal pernafasan, maka sudut condong CRS telah direka.

Untuk keselamatan dan keselesaan, bayi yang baru lahir perlu diletakkan di dalam CRS hadap-belakang dengan sudut condong menghampiri 45 darjah dari satah menegak. Ini bagi memastikan saluran pernafasan mereka sentiasa terbuka kerana pada sudut yang lebih tegak, kepala mereka akan terlentok ke hadapan lalu menutup saluran pernafasan mereka.

Alas bayi yang datang bersama-sama CRS juga membantu untuk mencapai sudut condong yang diperlukan. Maka pastikan anda menggunakannya mengikut arahan pengeluar CRS anak anda.
⚠️ Jangan baringkan CRS anak anda melebihi 45 darjah dari satah menegak kerana ia menghilangkan fungsi perlindungan yang diberikan oleh CRS tersebut ⚠️

Bagi bayi yang lebih besar dan telah mempunyai kekuatan leher (selalunya berumur 6 bulan ke atas), CRS boleh ditegakkan sedikit ke 30 darjah dari satah menegak sekiranya CRS anak anda membenarkan perubahan sudut condong sedemikian. Kedudukan yang sedikit lebih tegak ini memastikan pusat graviti badan dan CRS kembali seimbang dan mengelakkan CRS dari berputar ketika kemalangan.
⚠️ Sudut condong CRS boleh berubah bergantung pada tempat duduk kenderaan. Pastikan anda cuba memasang sesebuah CRS di dalam kenderaan untuk memastikan sudut condong yang betul diperolehi sebelum membelinya terutamanya jika anda membeli CRS untuk bayi baru lahir ⚠️

Cuba teka samada sudut CRS hadap-belakang di dalam gambar ini menghampiri 30 darjah atau 45 darjah?

RF Recline Angle

To read this article in English, please click here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s