Terdapat pelbagai jenis beg udara yang boleh didapati pada model kenderaan baru seperti beg udara hadapan, beg udara bahagian tepi, dan beg udara lutut.
Beg udara lutut merupakan salah satu perkembangan terkini dalam teknologi keselamatan. Kebiasaannya, kaki pemandu mahu pun penumpang tersekat di antara papan pemuka dan tempat duduk semasa berlakunya kemalangan, menyebabkan kecederaan teruk dan juga boleh menyebabkan amputasi atau kelumpuhan.
Anda tidak pasti sama ada kenderaan anda mempunyai beg udara lutut? Sila periksa di bawah papan pemuka dibawah steering (untuk pemandu) atau papan pemuka yang bahagian bawah (untuk penumpang hadapan) yang tertulis ‘beg udara ‘ seperti gambar yang ditunjukkan di bawah. Anda juga boleh menyemak ketersediaannya melalui manual kenderaan anda.

Beg udara lutut dicipta untuk keluar di bawah papan pemuka pada kedua-dua sisi pemandu dan penumpang sebagai penghadang yang lembut antara lutut pengguna dengan papan pemuka yang keras sewaktu kemalangan berlaku, dengan itu mengurangkan trauma jenis tumpul yang diserap oleh bahagian lutut pengguna, dengan itu mengurangkan kecederaan kaki.

Lutut adalah bahagian yang mudah terdedah kepada kecederaan dalam kemalangan kenderaan terutama bagi mereka yang mengalami masalah sakit lutut atau mereka yang pernanh menjalani pembedahan penggantian lutut. Direka untuk mengawal gerakan bahagian badan yang bawah, beg udara juga boleh mengurangkan daya impak pada abdomen dan dada.
Walaupun beg udara mungkin boleh menyebabkan kecederaan, ia juga boleh menghalang kecederaan yang lebih teruk daripada berlaku.
