Kebaikan Meletakkan Anak Secara Hadap-Belakang

Tahukah anda mengapa pakar-pakar menyatakan bahawa meletakkan anak anda di dalam kerusi keselamatan yang dipasang hadap-belakang lebih selamat dari hadap-depan?

Perlanggaran dari hadapan atau secara ofset dari depan merupakan jenis perlanggaran yang paling banyak berlaku. Walaupun perlanggaran dari arah belakang mewakili kira-kira 30% daripada keseluruhan jenis perlanggaran, tahap keseriusan dan kemalangan maut akibat jenis perlanggaran ini hanyalah kira-kira 5%. Justeru perlanggaran dari depan merupakan kunci utama dalam mengambil langkah keselamatan.

Apabila kanak-kanak duduk menghadap ke belakang semasa sebuah perlanggaran dari arah hadapan berlaku, kuasa impak akan diagihkan ke seluruh badan (kepala, leher, dan belakang). Anak itu seolah-olah berada dalam sebuah kepompong yang terhasil dari rangka kerusi keselamatan dan kepalanya bergerak selari dengan kerusi – mengurangkan risiko kecederaan leher dan tulang belakang.

Walau bagaimanapun, apabila kanak-kanak duduk menghadap ke hadapan, hanya tali keledar yang memegang tubuh anak, manakala tiada penahan di kepalanya. Kepala kanak-kanak akan bergerak ke hadapan secara mengejut, meletakkan beban tenaga pada leher anak lalu menyebabkan kecederaan kepada kepala dan tulang belakang.

Adakah anda telah meletakkan anak anda di dalam kerusi keselamatan yang di pasang hadap-depan terlalu awal? Cuba untuk pusingkan mereka kembali supaya dapat menghadap ke belakang!

Benefits of RF

To read this article in English, please click here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s