Kedudukan Klip Dada

Anda hanya akan jumpa klip dada jika anda menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) yang diluluskan di Amerika Syarikat atau Kanada buat masa ini. Jika CRS yang dibeli datang dengan klip dada, ini adalah masanya untuk belajar bagaimana menggunakannya dengan betul.

Klip dada atau juga dikenali sebagai retainer clip, sepatutnya dipasang dan diletakkan pada paras ketiak kanak-kanak. Ia tidak boleh diletakkan terlalu tinggi mahupun terlalu rendah.

Adalah menjadi tabiat yang baik untuk mengancingkan tali keledar anak terlebih dahulu dan kemudian klip dada. Apabila membuka tali keledar, bukakan klip dada dahulu kemudian, barulah bukakan pengancing tali keledar anak. Membiasakan melakukan langkah-langkah ini akan memastikan agar anda tidak terlupa dan membiarkan anak anda di dalam kerusi keselamatannya tanpa memasangkan pengancing tali keledar dan hanya memasang klip dada. Adalah sangat berbahaya untuk meninggalkan anak seperti ini kerana keadaan ini boleh menyebabkan mereka tercekik sekiranya mereka menggelongsor ke bawah kerana tiada apa yang memegang mereka ketika tali kangkang tidak dipasang.

Jika tempat duduk anak anda tidak datang dengan klip dada, jangan gunakan klip dada yang dibeli secara sebarangan kerana ia tidak diuji bersama-sama dengan kerusi keselamatan anak anda.

To read this article in English, please click here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s