Kepala Terlentok Ketika Duduk Secara Hadap-Depan

Selalu tengok anak yang duduk secara hadap-depan terlentok, kan? Macam sakit saja leher mereka.

Jika anak anda di bawah usia 6 tahun, anda tidak perlu risau. Sebenarnya leher mereka masih fleksibel untuk berada dalam keadaan lentok begitu tanpa kesakitan. Tak percaya? Ingat tak hantaran kami berkenaan tulang leher?

Tulang leher mengikut peringkat umur

Perhatikan rajah di atas. Tulang leher seorang kanak-kanak akan mengeras seperti tulang leher orang dewasa pada umurnya 6 tahun. Jadi anda punyai banyak masa untuk melatih mereka tidur dengan betul di dalam kerusi keselamatan mereka.

Sebenarnya perkara yang anda perlu risaukan bukanlah keselesaan mereka, tetapi keadaan kepala yang terlalu lentok sehingga terkeluar dari ruang lingkup keselamatan impak sisi. Dalam keadaan kepala terlentok ke hadapan, jika berlaku hentaman dari sisi, kepala anak mungkin akan menghentam ke cermin pintu dan bukannya diselamatkan oleh sisi penyandar kepala kerusi keselamatan.

Pelbagai faktor menyebabkan kepala terlentok, antaranya:

✎ Sudut condong kerusi hadap-depan yang selalunya agak tegak
✎ Tempat duduk kenderaan yang agak rata menambah darjah tegak kerusi keselamatan
✎ Tali keledar kerusi keselamatan yang terlalu longgar
✎ Slot tali keledar kerusi keselamatan yang terlalu rendah

Bagaimana mengatasinya?

Betulkan segala kesalahan (jika ada) yang boleh disebabkan perkara-perkara di atas terlebih dahulu. Selalunya dengan pembetulan begini masalah ini akan selesai.

Kemudian ajari anak anda agar mendongakkan kepala, atau telengkan kepala ke sisi jika mereka mula mengantuk dan mahu tidur. Ia sesuatu yang boleh dilatih!

⚠️ JANGAN tambah sebarang aksesori untuk mengatasi masalah ini. Sebarang aksesori tambahan yang tidak datang bersama-sama kerusi keselamatan mungkin akan membahayakan anak anda ketika perlanggaran ⚠️

Head Flops

To read this article in English, please click here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s