Meletakkan Anak Secara Hadap-Depan Terlalu Awal

Setiap kali kami menjalankan pemeriksaan kerusi keselamatan kanak-kanak, pasti akan ada paling kurang sepasang ibubapa yang telah meletakkan anak mereka secara hadap-depan terlalu awal. Alasannya adalah kerana mereka tidak dapat melihat anak mereka semasa dalam perjalanan, atau anak mereka menangis kerana tidak dapat melihat mereka.

Sebuah kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang diletakkan secara hadap-depan tidak mempunyai sudut sandar yang sesuai untuk seorang bayi. Meletakkan bayi secara hadap-depan pula adalah tidak selesa buat mereka (dan ini jelas dipamerkan oleh model bayi kami di dalam gambar).

Namun begitu, keselesaan bukanlah perkara utama apabila kami mendidik ibubapa. Meletakkan anak secara hadap-depan TERLALU AWAL merupakan satu kesalahan yang boleh membawa maut!

Kepala seorang bayi baru lahir adalah besar dan berat berbanding keseluruhan badannya. Baca lebih lanjut berkenaan ini di sini.

Leher mereka pula masih lagi lembut – sebab utama kenapa kami mengatakan bahawa meletakkan mereka secara hadap-depan terlalu awal boleh membawa maut. Maklumat lanjut di sini.

Kami telah menerangkan tentang kelebihan orientasi hadap-belakang di sini.

Kami juga telah memecahkan mitos patah kaki disebabkan hadap-belakang.

Jika anda sentiasa mengikuti semua hantaran kami, anda akan memahami betapa pentingnya memilih dan menggunakan sebuah CRS yang bersesuaian dengan perkembangan anak anda. Jadi, semak semula umur, berat dan tinggi anak anda samada CRS yang dipilih bersesuaian dengan mereka atau tidak!

To read this article in English, please click here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s