Mengetatkan Pemasangan Tali Pinggang Keledar Untuk Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Hadap-Depan

Bulan lepas kami sudah kongsikan caranya bagaimana untuk mengetatkan pemasangan tali pinggang keledar untuk orientasi hadap-belakang di sini:

Hari ini kami akan tunjukkan pula bagaimana mengetatkan pemasangan tali pinggang keledar untuk kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) berorientasi hadap-depan. Ia adalah lebih mudah! Tetapi ingat, hanya lakukan langkah-langkah berikut setelah anda membaca manual CRS anda. Lain CRS, lain laluan tali pinggang keledar, jadi pastikan anda membaca manual terlebih dahulu dan memasang CRS ke kereta seperti yang diarahkan.

Tiga langkah yang sama akan dipraktikkan:

1. Tekan atau tolak CRS dengan lutut atau tangan anda ke arah pelipat kerusi kenderaan seperti garisan putus-putus.

2. Pada masa yang sama, tarik tali keledar bahu yang paling hampir dengan pengancing tali pinggang keledar, ke arah anda.

3. Masukkan semula tali lebihan yang anda telah tarik ke arah retraktor dan kuncikan CRS dengan pengunci (lock-off) tersedia pada CRS atau klip pengunci (locking clip) yang disediakan.
⚠️ Pastikan anda menguji kekemasan pemasangan dengan memegang CRS pada bahagian paling hampir dengan laluan tali keledar bahagian riba menggunakan tangan yang tidak dominan (guna tangan kiri jika anda menulis dengan tangan kanan) dan cuba gerakkan ke kiri dan kanan. Ia sepatutnya tidak bergerak lebih dari satu inci ⚠️

Adakah pemasangan anda telah betul?

FF Installation

If you want to read this article in English, please click here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s