Retraktor Tali Pinggang Keledar

Apa itu retraktor tali pinggang keledar?

Retraktor membolehkan tali pinggang keledar keluar / masuk dari perumahnya dan mengunci tali pinggang keledar.

Jenis-jenis retraktor tali pinggang keledar:
Retraktor Penguncian Kecemasan (ELR)
Retraktor Penguncian Automatik (ALR)
Retraktor Penguncian Bolehubah (SLR)

RETRAKTOR PENGUNCIAN KECEMASAN (ELR)

✎ Fungsi: membenarkan tali pinggang keledar keluar dan masuk dari perumahnya mengikut pergerakan si pemakai, namun mengunci tali pinggang keledar apabila kenderaan nyahpecut atau berhenti secara tiba-tiba atau ketika berlaku perlanggaran. Retraktor jenis ini adalah yang paling banyak didapati di dalam kenderaan di Malaysia.

RETRAKTOR PENGUNCIAN AUTOMATIK (ALR)

✎ Fungsi: membenarkan tali pinggang keledar ditarik keluar mengikut panjang yang diingini dan tali pinggang keledar dilaraskan secara automatik mengikut bentuk fizikal si pemakai apabila dikancingkan. Apabila tali keledar telah dilaraskan, anda tidak lagi boleh menarik keluar tali keledar dan ia akan kekal terkunci dalam keadaan berkenaan sehingga kancing dibuka.

RETRAKTOR PENGUNCIAN BOLEHUBAH (SLR)

✎ Fungsi: mempunyai fungsi penguncian kecemasan dan juga boleh dialihkan kepada penguncian automatik. Ini adalah satu lagi jenis retraktor yang boleh didapati di Malaysia, namun hanya beberapa kenderaan sahaja menggunakan retraktor jenis ini.

Apa kepentingan mengenalpasti jenis retraktor tali pinggang keledar kereta anda?

Anda perlu menguncikan kerusi keselamatan anak anda semasa memasangnya di dalam kenderaan. Oleh kerana di Malaysia kebanyakan kenderaan menggunakan ELR, kerusi keselamatan kanak-kanak yang dipasang TIDAK DIKUNCI PADA SETIAP MASA dengan pemasangan tali keledar sedia ada. Hal ini boleh menyebabkan pemasangan menjadi longgar setelah beberapa ketika atau menyebabkan kerusi keselamatan terpusing ke posisi yang tidak memberikan keselamatan optimum. Sesetengah kerusi keselamatan mempunyai kunci yang sedia hadir bersama-sama rangka kerusi (dipanggil ‘lock-off) untuk tujuan ini. Sebahagian besar kerusi keselamatan memerlukan klip pengunci (‘locking clip’) untuk tujuan ini. Pastikan anda memasangnya dengan betul!

To read this article in English, please click here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s