Tali Keledar yang Kemas

Dari carseat check yang kami jalankan dalam bulan Januari yang lalu, tali keledar yang longgar menjadi punca utama CRS Usage Errors pada peratusan lebih dari 60% dari kesalahan yang berlaku.

Apabila memasang tali keledar anak, ianya perlu kemas – tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. Anda boleh mengelakkan kesalahan menggunakan tali keledar dengan melakukan beberapa langkah yang disenaraikan di bawah:

1. Pastikan bahawa slot tali keledar kanak-kanak yang digunakan adalah betul mengikut orientasi CRS anda. Ke bawah sedikit atau pada aras yang sama dengan bahu anak anda apabila pandang belakang. Berada di paras atas sedikit atau pada aras yang sama dengan bahu anak anda apabila pandang depan.

2. Tali keledar perlu kemas di bahagian peha. Tarik tali keledar yang pergi ke bahu dengan memegangnya di kawasan berhampiran kepala buckle (di kedudukan penanda #3 dalam gambar).

3. Kurangkan kelonggaran yang dapat dilihat di tali bahagian bahu dengan menarik pelaras tali keledar. Periksa kekemasan tali keledar dengan menggunakan ‘ujian cubitan’ atau ‘ujian dua jari’.

Anak anda sepatutnya hanya mampu untuk menggerakkan kepalanya ke hadapan, bukan keseluruhan tubuh atau bahunya.

Sedikit nota tentang ujian kekemasan tali keledar:

Ujian cubitan atau ‘pinch test’ boleh dilakukan dengan mencubit tali keledar kanak-kanak. Jika anda tidak dapat menghasilkan lipatan mendatar (i.e. tidak boleh mencubit tali keledar) maka ia adalah kemas. Bagaimanapun, ini biasanya sukar untuk dilakukan ke CRS yang diluluskan oleh ECE kerana kebanyakannya mempunyai pad bahu yang tebal dan besar di kawasan tersebut.

Satu lagi ujian yang boleh dilakukan adalah ujian dua jari atau ‘two-finger test’ di mana anda memasukkan dua jari di bawah tali keledar pada aras ketiak anak anda, selari dengan badan anak dan putar jari tersebut. Jika anda tidak dapat memutarkan kedua jari maka anak anda telah dikeledarkan dengan kemas.

To read this article in English, please click here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s