Aksesori Tak Sah: Alas Tambahan

Ramai ibubapa suka alas yang gebu pada kerusi keselamatan (child restraint system, CRS) anak mereka. Keinginan ini kerap dizahirkan dalam bentuk yang salah apabila menambah aksesori seperti alas tambahan yang tidak datang dengan kerusi keselamatan yang dibeli.

Aksesori sebegini kami panggil ‘aksesori tidak sah’ atau ‘aksesori pihak ketiga’ kerana:

  1. Tidak dibuat oleh pengeluar CRS tersebut tetapi dihasilkan oleh pengeluar lain. Jika anda membuka manual CRS anda, bahagian hadapan selalunya dinyatakan larangan menambah aksesori yang tidak datang dengan CRS dibeli.
  2. Tidak dibenarkan penggunaannya oleh model CRS yang digunakan. Ini berkaitan aksesori yang dikeluarkan oleh pengeluar CRS tetapi hanya untuk penggunaan sesetengah model CRS mereka sahaja. Tidak untuk semua model.

Kenapa penambahan aksesori tidak sah seperti alas ini dilarang?

  1. Tidak diuji dengan CRS – apa yang berlaku ketika kemalangan tidak dapat dijangka. Ia mungkin membahayakan anak anda. Jangan jadikan anak anda bahan ujian perlanggaran!
  2. Menyebabkan posisi badan anak dan tali keledar berada pada kedudukan yang salah. Lihat gambar, kepala bayi tertolak ke hadapan. Ini meninggikan risiko kematian mengejut akibat rongga pernafasan yang tertutup terutamanya pada bayi baru lahir!
  3. Bahan yang digunakan tidak mengikut piawaian pembuatan CRS – ia mungkin dari bahan tidak rencat api atau mempunyai bahan toksik.
  4. Kebanyakan alas tambahan ini tidak padat walaupun kelihatan gebu. Hanya dengan beban sedikit ia akan meleper. Ketika perlanggaran berlaku, alas yang akan meleper ini akan menghasilkan ruang besar antara anak dan tali keledarnya, menyebabkan tali keledar ‘melonggar’. Ia boleh menyebabkan anak anda tercampak keluar!

Hentikan penggunaan alas tambahan yang tidak sah di dalam CRS! Jika anda telah beli, hadkan penggunaannya di dalam kereta sorong sahaja.

To read this article in English, please click here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s