Beli Pendua Sarung CRS

“Alamak, bocor dahh…!!”


Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil berumur kurang dari 3 tahun, pasti anda akan kerapkali berhadapan dengan situasi ini.

Bayi dan kanak-kanak kecil kerap kali kencing, buang air besar dan juga muntah. Oleh sebab itu, alas kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) akan perlu kerap kali dibersihkan apabila insiden ini berlaku.


Proses pembersihan alas CRS yang dikotori air kencing, tinja mahupun muntah tidak dinafikan, bukanlah sesuatu yang mudah dan cepat untuk dibersihkan. Namun begitu, alas CRS perlu dibersihkan sesegera yang mungkin agar kekotoran lebih mudah untuk dibersihkan. Kotoran yang dibiarkan akan meninggalkan kesan dan akhirnya menjadi sukar untuk dibersihkan.


⚠️ Sentiasa RUJUK MANUAL CRS untuk arahan penjagaan dan pembersihan. ⚠️

Arahan penjagaan produk dalam manual CRS.
Sumber dari Puan Dinas Elni.

Baca dengan lebih lanjut mengenai cara membasuh alas atau sarung CRS disini.

Sekiranya CRS perlu sentiasa diguna, ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil amatlah disarankan agar membeli alas CRS pendua sebagai persediaan menghadapi insiden sebegini. Dengan itu, alas CRS yang kotor dapat dibersihkan dan dikeringkan dengan sebaiknya sementara alas CRS pendua digunakan.

To read this article in English, please click here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s