Tali Keledar 2 & 3-Penjuru

Tali pinggang keledar 2-penjuru? Tali pinggang keledar 3-penjuru? Apa tu??! kenapa ianya penting untuk saya tahu?

Pertama sekali, kami lebih gemar menggunakan istilah “tali keledar” atau “tali keledar keselamatan” berbanding “tali pinggang keledar” yang kerap digunakan orang kebanyakan. Ini kerana, tali keledar bahagian riba sepatutnya terletak di bahagian PINGGUL ke bawah, dan BUKANNYA DI PINGGANG. Maka penggunaan “tali pinggang keledar” adalah tidak tepat.

Mungkin anda masih tidak tahu terdapat perbezaan antara jenis tali keledar di dalam kereta. Tali keledar 2-penjuru dipasangkan di kereta pada dua bahagian kiri dan kanan bahagian pinggul (seperti dalam gambar). Ia juga dikenali sebagai tali riba. Ianya biasa berada di tempat duduk penumpang belakang bahagian tengah dalam kereta-kereta lama.

Tali keledar 3-penjuru pula berbentuk seperti huruf Y yang disambungkan ke kereta pada tiga punca dan terdiri daripada bahagian tali riba dan tali bahu. Dalam sebuah perlanggaran, tali keledar 3-penjuru akan menyebarkan tenaga impak ke seluruh kawasan dada, pelvis dan bahu. Dengan penyebaran impak yang lebih meluas, kecederaan akan dapat dikurangkan berbanding jika ianya tertumpu pada sebahagian tempat sahaja.

Volvo adalah pengeluar kenderaan pertama yang mengkomersilkan kenderaan dengan tali keledar 3-penjuru pada tahun 1959. Di Malaysia, bermula dari tahun 2015, semua model kenderaan penumpang yang baru perlu dilengkapi dengan tali keledar 3-penjuru pada semua tempat duduk termasuk tempat duduk penumpang belakang bahagian tengah.

Adalah penting untuk memahami jenis tali keledar di dalam kereta anda kerana semua kerusi keselamatan kanak-kanak yang diluluskan oleh UNECE perlu dipasang dengan menggunakan tali keledar 3-penjuru (untuk pemasangan jenis tali keledar). Sentiasa rujuk kembali ke manual pemilik kenderaan dan manual kerusi keselamatan untuk panduan pemasangan.

Anda perlu melakukan pembersihan berkala kepada tali keledar. Ini bertujuan agar ia dapat berfungsi secara optimum apabila anda memerlukannya. Untuk melakukan pembersihan berkala, anda hanya perlu melakukan langkah-langkah mudah berikut:

  1. Lap tali keledar dengan kain lembab dalam pergerakan menaik (mengikut arah jaluran benang). Elakkan penggunaan pencuci dan agen peluntur yang kuat kerana ejen bersifat alkali sedemikian boleh melemahkan kekuatan regangan tali keledar.
  2. Tarik tali keledar keluar dari retraktor semasa membersihkan, jika perlu.
  3. Lap dengan menggunakan tuala mikrofiber dan biarkan kering. Pastikan tali keledar dikeringkan secukupnya terutamanya pada bahagian yang digulung ke dalam retraktor untuk mengelakkan pertumbuhan kulat.

Tali keledar yang rosak tidak boleh dibaiki dan perlu diganti.

To read this article in English, please click here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s