CRS Parts 101: Pengancing Tali Keledar

Mengikut piawaian UNECE R44/04, kancing keselamatan adalah alat pelepasan-pantas yang membolehkan tali keledar memegang kanak-kanak sama ada pada kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) atau tali keledar pada struktur kereta dan ianya perlu boleh dibuka dengan cepat. Kancing keselamatan mungkin digabungkan dengan pelaras tali keledar. Dengan kata lain, kancing keselamatan adalah sebuah alat di mana sistem tali keledar bersambung dan dikunci.

Mengikut piawaian ini, kancing keselamatan haruslah:
✔ Beroperasi dengan satu butang atau cara lain yang serupa.
✔ Mengunci apabila semua bahagian lelidah masuk ke dalamnya.
✔ Lebar bahagian paling kecil tidak lebih kecil dari lebar tali keledar
✔ Mempunyai butang berwarna merah dan tiada bahagian lain dari kancing keselamatan yang boleh mempunyai warna yang sama untuk memudahkan pengenalpastian sekiranya berlaku kecemasan.
✔ Hanya perlukan satu langkah untuk membukanya
✔ Pengancing untuk CRS kumpulan 0 dan 0+ perlu melepasi ujian kekuatan sekurang-kurangnya pada 4000 N.
✔ Pengancing untuk CRS kumpulan 1 perlu melepasi ujian kekuatan sekurang-kurangnya pada 10,000 N.
✔ Mampu bertahan untuk dibuka tutup sekurang-kurangnnya 5000 kali.

Kancing keselamatan UNECE memerlukan anda menyusun-suai lelidah pengancing sebelum anda boleh mengancing. Kedudukan lelidah adalah tetap dan tidak boleh ditukar tempat.

Bagi pengancing keselamatan berpiawaian FMVSS pula, ia menggunakan sistem cantum. Kedudukan lelidah boleh bertukar tempat sebagai contoh, lelidah kanan boleh diterbalikkan dan diletakkan di kiri, begitu juga dengan lelidah sebelah kiri.

Tali keledar CRS dan pengancing merupakan dua benda utama yang perlu sentiasa diperiksa keadaannya supaya sentiasa dalam keadaan selamat untuk digunakan. Kadangkala, terdapat serpihan makanan yang terjatuh pada lubang pengancing. Ini boleh menghalang pengancing untuk berfungsi dengan baik dan boleh membahayakan anak anda. Maka lakukanlah pemeriksaan dan pembersihan berkala pada CRS anak anda.

To read this article in English, please click here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s